Wabak pandemik yang melanda dunia kini, memberi impak kepada pelbagai sektor khususnya ekonomi.
Tidak terkecuali, syarikat gergasi Disney apabila mereka dikatakan akan mengurangkan bilangan pekerja di taman tema di Anaheim itu, iaitu seramai 28,000 pekerja lapor Berita Harian
Syarikat besar pun terkesan okay…
Susulan keputusan yang diambil, seramai 28,000 pekerja yang terkesan terdiri daripada kakitangan sambilan.
Keputusan itu dibuat kerana California bertindak menyekat Disneyland dari dibuka semula selain keperluan untuk melakukan jarak fizikal serta tekanan permintaan akibat Covid-19.
Kesan pandemik dilihat semakin memburuk dengan kehilangan pekerjaan bagi ramai orang.
Menurut pengerusi Disney Parks, Experience dan Produk, Josh D’Amaro, baginya keputusan yang dibuat itu adalah sukar baginya, namun ia mungkin membuahkan hasil di masa akan datang.
“Ia sangat sukar untuk membuat keputusan seperti hari ini, kami percaya bahawa langkah-langkah yang kami ambil akan memungkinkan kami untuk menghasilkan operasi yang lebih efektif dan efisien ketika kami kembali normal”
Walaupun menerima berjuta-juta pengunjung setiap tahun, taman tema itu masih lagi tidak boleh beroperasi seperti biasa kerana pandemik Covid-19.
Pada awalnya, Disneyland dah dibenarkan buka pada Julai lalu, tapi pengawai tempatan menolak pembukaan taman tema itu susukan kenaikan semula kes Covid-19.
California mencatatkan kes tertinggi di seluruh Amerika Syarikat dengan sebanyak 805,000 kes.
Bilalah nak buka semula ya, min dah lama tak pergi ni…
Baca : Jangan Takut Pergi Mall! Premis Dikunjungi Individu Positif COVID 19 Selamat Selepas Dinyahkuman KKM