in

Dera Kanak-kanak 7 Tahun Di Johor, Hukuman Ibu Tunggal & ‘Tomboi’ Ditangguh

Tangguh Dera Johor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada bulan Julai lalu, tular sebuah kes di mana seorang kanak-kanak berusia 7 tahun didapati didera oleh ibu serta rakan serumahnya.

Kejadian yang berlaku di Johor itu tular di media sosial kerana terdapat beberapa video yang memaparkan keadaan kanak-kanak itu yang didapati cedera dan meminta tolong kepada jirannya.


Artikel berkaitan: Polis Kini Buru Suspek Dera Kanak-kanak Usia 2 Tahun Hingga Lebam & Berbirat

Artikel berkaitan: “Jumpa balik harta dunia akhirat aku” – Kes Budak Didera Di Johor, Bapa Kandung Lega Dapat Bertemu Anak

Cats 15

Terbaru, Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini menangguhkan keputusan penghukuman terhadap seorang ibu tunggal dan rakan serumah berperwatakan tomboi itu.

Menurut laporan Kosmo!, penangguhan itu akan dilakukan sehingga 1 November kerana Hakim, VM. Mabel Sheela bercuti sakit, perkara itu diberitahu oleh peguam tertuduh, Abd. Rahim Ali.

“Kes ini ditangguhkan kepada 1 November kerana dimaklumkan hakim yang bertugas cuti sakit. Penangguhan ini termasuk bagi fakta kes dan penghukuman.

Buat masa ini kedua-dua orang kena tuduh (OKT) itu ditahan di Penjara Simpang Renggam. Saya dimaklumkan juga ibu tunggal tersebut telah mengalami kecederaan retak tulang kaki kanan akibat terjatuh di bilik air.

Bagaimanapun rawatan telah diberikan kepadanya,” katanya.

Sebagai info, kedua-dua ibu tunggal dan teman serumahnya itu didakwa dalam dua pertuduhan, pertuduhan pertama, kedua-duanya mereka didakwa dengan niat menganiaya mangsa yang berada dalam pemeliharaan mereka sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal.

Pertuduhan kedua pula, mereka didakwa dengan niat mengabaikan kanak-kanak itu ketika mangsa berada dalam pemeliharaan mereka.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.