in

DentalSlim Diet Control: Alat Bantu Kurangkan Berat Badan Ini Tak Bagi Pemakai Buka Mulut Untuk Mengunyah

Alat Diet

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apa cara yang anda pernah lakukan untuk kurangkan berat badan?


Bagi sesetengah orang, bersenam dan menjaga kalori makanan yang diambil adalah salah satu cara yang boleh membantu mengawal atau mengurangkan berat badan. Walau apa cara yang anda lakukan sekalipun, jangan sampai bahaya kan diri tau!

Hari ini admin nak kongsikan tentang satu alat bantu kurangkan berat badan ni. Difahamkan, alat ni agak kontroversi kerana ia hanya benarkan pemakainya buka mulut hanya sebesar kira-kira 2mm saja!

DentalSlim Diet Control dihasilkan oleh saintis di University of Otago, New Zealand sebagai alat bantu kurangkan berat badan yang akan dipasang pada gigi belakang bahagian atas dan bawah seseorang individu oleh doktor gigi profesional.

Assets.newatlas E1625369588779

Lapor Oddity Central, alat ini berupa seperti locking bolts. Difahamkan, bila alat ini diaktifkan, ia hanya membenarkan penggunanya untuk membuka mulut dengan keluasan kira-kira 2mm sahaja. Maknanya, si pemakai hanya boleh buat liquid diet je!

Pun begitu, aktiviti seperti bernafas dan bercakap masih boleh dilakukan seperti normal.

Kata Professor Paul Brunton iaitu Pro-Vice-Chancellor University of Otago Health Sciences, DentalSlim Diet adalah alternatif bagi prosedur pembedahan untuk membantu mengurangkan berat badan.

“Halangan utama bagi seseorang individu itu untuk kurangkan berat badan adalah disiplin. DentalSlim Diet mampu membantu mereka untuk memulakan tabiat baru dan memastikan mereka patuh pada diet rendah kalori dalam satu jangka masa,” tambahnya lagi.

Dicipta untuk situasi kecemasan

World First Weight Loss Device Developed By Researchers At Otago E1625369720513

Walau bagaimanapun, DentalSlim Diet ini menerima pelbagai kritikan sebaik sahaja alat itu didedahkan kepada umum. Selain menggambarkannya seperti alat penyeksaan, ada juga yang berkata ia nampak macam tak akan membantu individu yang mempunyai masalah berat badan.

Namun begitu, saintis yang mencipta DentalSlim Diet Control berkata, alat ciptaan ini bukanlah satu penyelesaian selamanya untuk dicuba oleh mana-mana individu yang mahu mengurangkan berat badan.

The Fundamentals Of A Balanced Diet E1625369871779
Gambar hiasan

Menurut mereka lagi, DentalSlim Diet Control diciptakan untuk digunakan dalam situasi kecemasan. Contohnya, jika ada pesakit yang mempunyai berat tidak sesuai untuk melakukan pembedahan. DentalSlim Diet Control mampu untuk memastikan mereka dapat mencapai berat badan yang lebih selamat sebelum pembedahan boleh dilakukan.

Dakwa mereka lagi, keputusan ujian awal mendapati berat purata yang hilang pada mereka yang menggunakan DentalSlim Diet Control adalah 6.36kg dalam masa dua minggu. Rata-rata mereka bersemangat untuk terus melakukan diet bagi mengurangkan berat badan.

Sumber: Oddity Central

Baca: Diet Tak Makan Nasi 2 Tahun, Penyanyi Dangdut Koma & Lumpuh Seluruh Badan

Ft Diet Final E1625369183641

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.