in

“Dengar bunyi aneh di balik pintu pejabat” – Kecoh Kisah Curang Dari Singapura, Libatkan CEO & Naib Presiden Syarikat

Kes Curang Singapura

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sedang hangat diperkatakan di media sosial kini, kisah mengenai seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Naib Presidennya dari sebuah syarikat di Singapura yang dikatakan kantoi curang.

Menurut laporan Mothership, CEO PropertyLimBrothers (PLB), Melvin Lim dan Naib Presiden syarikat tersebut, Grayce Tan telah digugurkan daripada carta kepimpinan syarikat di laman web firma ejen hartanah Singapura itu susulan tular kisah ini.


Hubungan sulit di antara kedua-duanya telah terbongkar selepas tular rakaman video dimuat naik di platform Reddit memaparkan satu ‘bunyi aneh’ di sebalik pintu pejabat yang tertutup sebelum Lim dan Tan dirakam keluar daripada pejabat itu pada 19 Januari lalu.

@jay.dee2815

No matter what, the husband will never be the same person after this.. SINGAPORE – On Jan 25, a user on Reddit’s r/SingaporeInfluencers forum posted about speculation they had seen on other forums, asking: Are property agent Melvin Lim and influencer Grayce Tan having an affair? Within hours, users had pored over every detail of their extensive online presence. Users posted pictures of the pair on holiday. Some dug up negative Glassdoor reviews for their company – Mr Lim is co-founder of real estate agency PropertyLimBrothers and Ms Tan is the company’s vice-president for strategy. #propertylimbrothers #tiktokviral #GrayceTan #MelvinLim #tiktoksg🇸🇬

♬ Delusion – Perfect, so dystopian

Beberapa tangkap layar juga tular di media sosial memaparkan perbualan antara Lim dan syarikat berkenaan.

Dalam mesej itu, Lim mengakui telah berbuat silap dan meminta maaf kerana melanggar batas, serta menambah yang dia akan ‘berehat’ dalam tempoh beberapa bulan untuk tumpukan perhatian kepada keluarga.

Saya telah menangani perkara ini dengan keluarga saya dan kini sedang mengambil masa beberapa bulan untuk memberi tumpuan kepada pemulihan dan perlindungan keluarga saya,” kata Lim.

Lim juga pada masa yang sama memaklumkan dia dan Tan akan melepaskan jawatan masing-masing agar syarikat itu dapat beroperasi dengan stabil dan tanpa gangguan luar.

Artikel berkaitan: “Woi, kau kenapa” – Lagi Tular Kes Curang, Isteri Terjah Suami Dengan Penyondol Depan Anak

Artikel berkaitan: Suami Dakwa Isteri Curang Dengan Pemain Bola Sepak Import, Sudah Beberapa Kali ‘Check In’ Hotel

Masing-masing rupanya sudah berkahwin 

Menurut The Star, Grayce Tan yang berusia 29 tahun itu mula bekerja di PLB pada 2022 sebagai intern, selepas kemudian memegang beberapa jawatan dan dinaikkan pangkat menjadi Naib Presiden Strategi bagi syarikat itu pada Januari 2025.

Hasil semakan di Facebook juga mendapati Tan sudah berkahwin pada September 2025, namun masih belum dikurniakan anak.

Dalam pada itu, Melvin Lim, 45, pula mula berjinak-jinak dalam bidang hartanah setelah berkenalan dengan pemilik bersama PLB, Adrian Lim pada 2007 ketika mereka sama-sama bertugas sebagai warden penjara.

3743749

Beliau digelar sebagai ‘jutawan hartanah’ selepas berjaya memperoleh lebih 1 juta dollar komisen jualan pada tahun 2019 dan 2020 menurut firma hartanah, PropNex.

Difahamkan, Tan juga seorang Youtuber dengan 79,000 pengikut dan telah menghasilkan lebih 4,800 video. Dia sudah berkahwin pada usia 24 tahun dan kini mempunyai empat orang anak yang berusia di antara 7 hingga 20 tahun.

Sumber: The Star, Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.