in

“Deknon! Jangan nak mengada!” – Diva AA Reveal Macam Mana Ziana Zain ‘Reject’ Cintanya 30 Tahun Lepas

Collage 30

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dah lama tak tengok Diva AA menemubual apatah lagi ditemubual, namun baru-baru ini, dalam segmen Begitu Begini Dj Nazz di YouTube Gegar, mereka telah menjemput Azwan Ali yang satu ketika dulu pernah menjadi pengacara nombor 1 negara ini.

Dalam temubual ini, Diva AA telah dedahkan macam mana perasaan cintanya telah ditolak oleh penyanyi popular, Ziana Zain 30 tahun lalu.


Screen Shot 2018 04 19 At 9.44.29 Am
Sumber: murai my

Menurut Azwan, cerita ini dia tak pernah dedahkan sebelum ini dan dia mengakui yang ketika itu dia hanya bertepuk sebelah tangan kerana Ziana hanya menganggap dia seperti teman biasa. Bak kata orang kena friendzone gitu!

Tak malu dedah cerita, Azwan mengatakan dia telah pergi ke Shah Alam untuk menjemput Ziana Zain keluar date dengannya. Siap minta izin Pak Zain lagi!

“Aku cakap, Ziana actually I suka you. Kau cuba bayangkan apa jawapan Ziana Zain?”

Deknon, jangan nak mengada! Kita kawan je, takde nak feeling-feeling! Sorry!”

Namun, Azwan turut meluahkan rasa terkilan bila Ziana Zain keluarkan statement di majalah mengatakan yang dia tak ada taste dekat Azwan Ali.

Screenshot 2020 01 15 At 2.02.19 Pm

Kau rasa mana pergi jantan kau? Maruah kau? Tapi, dia dah kena dah karma dia. Kau tengok apa jadi dengan Ziana? Bangga sangat kahwin dengan mamat tu.”

Pun begitu, bila ditanya apa yang membuatkan Azwan Ali terpikat dengan Ziana Zain, dia mengatakan yang penampilan penyanyi ini yang sempoi buatkan Azwan jatuh cinta dengannya.

Tapi takde jodohlah Naz, kita okay.”

Apa-apa pun, melalui temubual ni, admin memang salute dengan Diva AA, dia berani jawab soalan-soalan panas dari Dj Nazz dan tak cepat melatah. Lepastu, jawapan-jawapan dia pun jujur dan tak cover-cover.

Korang boleh tengok temubual penuh kat bawah ni.

Cerita pun dah lama, dua-dua pun dah move on…

 

Baca: “Min, aku banyak buat dosa, aku minta ampun” – Diva AA Harap Hubungan Dengan Abang Kembali Jernih

Screenshot 2020 01 15 At 2.17.40 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.