in

DBKL Sita Barangan Penjaja Tanpa Lesen & Warga Asing Yang Menjaja Depan Sekolah

Penjaja Tanpa Lesen

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengambil tindakan terhadap penjaja-penjaja tanpa lesen dan warga asing yang berniaga di hadapan kawasan sekolah di sekitar Parlimen Wangsa Maju baru-baru.

Tindakan itu diambil setelah siasatan dijalankan ke atas penjaja-penjaja tanpa lesen dan warga asing di kawasan berkenaan.


Difahamkan, pihak penguatkuasa DBKL telah bertindak menyita dan memindahkan peralatan perniagaan tanpa lesen itu termasuklah penjaja warga asing ke Stor Sitaan DBKL.

Antara barangan yang disita adalah air kotak, pelbagai makanan ringan, motosikal dan meja.

4 6

Artikel berkaitan: Rider Terjerut Tali Layang-layang Di Taman Metropolitan Kepong, MP Minta DBKL Ambil Tindakan

Artikel berkaitan: Individu Buat Servis Ambil Gambar Sekitar KLCC Mengaku Orang Malaysia Undang Pertikaian Netizen?

Difahamkan, aduan mengenai aktiviti penjajaan makan, minuman dan aiskrim itu telah diterima oleh pihak DBKL di mana penjaja tanpa lesen itu telah beroperasi di laluan masuk, siar kaki dan di atas jalan ke kawasan sekolah rendah dan menengah di kawasan berkenaan.

Tindakan sitaan itu telah diambil ke atas lima aktiviti perniagaan tanpa lesen dan tiga orang penjaja warga negara asing.

Sumber: Facebook DBKL

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.