in

“Daun kunyit habis”- Gelagat Peniaga Pasar Basah Gantung Cardboard Pada Leher Buat Ramai Terhibur

Daun Kunyit

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari sebelum menjelangnya raya memang kita akan sibuk buat persiapan untuk menyambut lebaran. Ada yang baru nak beli baju raya, kasut raya dan ada juga yang serbu pasar untuk beli bahan-bahan untuk juadah istimewa lebaran.

Baru-baru ini tular di platform TikTok gelagat beberapa orang peniaga di pasar yang menggantung cardboard di leher untuk memudahkan mereka memaklumkan bahan masakan iaitu daun kunyit telah habis dijual.


Video gelagat peniaga-peniaga tersebut telah dirakam sebelum dikongsikan di TikTok menerusi akaun annasazemi

@annasazemi

Manaa nak carii daun kunyitt ?#fypシ゚viral #alamakrayalagi

♬ original sound – PejaiSereng – Faisal Ahmad

 

Artikel Berkaitan: “Tak pernah lantik sesiapa untuk jualan retail” – Tular Gambar Dendeng Nyet Berapi Dijual Mahal Di Pasar Raya Sarawak, Ini Respon Khairul Aming

Artikel Berkaitan: “Mcm koperasi” – Netizen Terkejut Tengok Locker Lelaki Ini Penuh Stok Makanan

Cara tersebut telah memudahkan mereka kerana pelanggan yang mahu membeli daun kunyit tidak perlu bertanya kepada peniaga kerana notis pemberitahuan daun kunyit habis telah digantung pada leher.

Video berdurasi selama 10 saat itu telah menjadi perhatian netizen di mana rata-rata warganet terhibur dengan gelagat peniaga-peniaga tersebut.

Kreatif jugak cara dorang ni kan. Takde lah penat atau kering air liur jawab soalan sama je kan.

Sumber: TikTok @annasazemi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.