in

“Dasar pentingkan diri”- Tengah Demam Dan Batuk, Wanita Wuhan Ini Makan Ubat & ‘Trick’ Airport Sebab Nak Travel Jumpa Kekasih

Featured 54

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekarang tengah kecoh pasal wabak coronavirus yang semakin merebak di Wuhan, China.


Malah sampai ada yang samakan keadaan individu yang berjangkit seperti ‘lalat mati’ susulan keadaannya tiba-tiba terbaring tanpa sebarang amaran.

Justeru itu kerajaan China kuarantin penduduk Wuhan supaya tak keluar dari bandar tersebut, malah seluruh dunia juga kini berjaga-jaga di setiap pintu keluar masuk negara masing-masing.

Singapore3
Sumber: scmp

‘Trick’ Bahagian Kawalan Kesihatan Airport sebab nak travel ke Paris

Malangnya ada seorang wanita dari Wuhan ini yang dikenali sebagai Yan, dengan bangganya post kat WeChat dan beritahu yang dia berjaya ‘menipu’ bahagian pemeriksaan kesihatan airport, lapor WOB.

Kalau korang nak tau, Yan ketika itu mengalami demam dan batuk dan dia tetap nak teruskan penerbangan ke Paris dan Lyon untuk bercuti.

Yan didakwa ambil ubat demam secara kerap bagi memastikan suhu badannya turun.”

Ap20021224423446
Sumber: the weather channel

Walaupun Wuhan kini sedang dalam keadaan ‘kritikal’ ekoran wabak tersebut, Yan tak peduli dan tetap nak pergi ke France untuk berjumpa dengan teman wanitanya.

Untuk pengetahuan korang, Yan berjaya turunkan suhu badannya dan melepasi temperature scanner kat lapangan terbang.

2 17
Sumber: nst

Malah dia dengan bangganya siap share lagi helahnya itu di media sosial dan maklumkan yang dia dah selamat sampai di France untuk berjumpa rakannya dan menikmati hidangan di restoran Michelin.

Rakyat China yang mengetahui berita ini terkejut dengan sikap pentingkan diri wanita tersebut.

“Dia mungkin dijangkiti dengan virus Wuhan dan mungkin dia tak tahu sebab tak buat pemeriksaan”.

Selepas kisah Yan ni dah kecoh, difahamkan Kedutaan China di France dah pun hubungi Yan pada 22 Januari dan telah arahkan wanita ini pergi ke hospital terdekat untuk pemeriksaan.

Baca : Padang jarak padang tekukur-[VIDEO] Angkara Coronavirus, Wuhan Bertukar Jadi Kota Hantu

Wuhan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.