in

Daripada Tak Percaya Lelaki, ‘Mindset’ Wanita Berubah Lepas Tengok Pasangan Warga Emas Ini

Ft Lelaki Setia Jaga Isteri Dekat Wad

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jadi terharu campur sebak apabila menonton video ini, pasti menjadi idaman dan dambaan semua orang jika ditemukan jodoh nanti.

Bukan nak membuat sebarang diskriminasi antara jantina, tetapi tidak dinafikan ada segelintir wanita akan ada satu mindset “semua lelaki sama sahaja”, begitu juga dengan segelintir kaum lelaki terhadap kaum hawa.


Pengguna TikTok ini merupakan salah seorang daripada golongan ini, bagaimanapun sangkaan dia jadi meleset sampai membuatkan dia terngadah apabila melihat insidsen sebak ini di depan mata.

 

Definisi cinta yang tulus tak akan pernah jadi tua

Kata wanita ini, matanya jadi terbuka apabila dia dimasukkan ke hospital. Atas ketentuan Ilahi dia duduk satu bilik dengan seorang nenek dan seorang makcik yang menghidap kanser payu dara.

Dia menyaksikan kesetiaan lelaki saat suami kepada kedua-dua pesakit sebilik dengannya menjaga isterinya dengan sabar.

“Walaupun pakcik ni dah tua dia masih jaga isteri sakit, layan isteri bak puteri, tak ada sikit pun marah atau mengeluh jaga isteri dia. Setia je jaga isteri, tinggal pun waktu solat je dan lagi seorang makcik yang kena breast cancer pun memiliki 2 lelaki yang cukup hebat dan setia.”

“Biarpun makcik tu ada cancer, suami dia setia temani setiap saat, takde sikit pun suami dia marah bila makcik tu mengeluh sakit.”

Paling membuatkan wanita ini rasa seperti terkena satu tamparan hebat dalam diri adalah apabila Allah membuktikan lagi kepadanya bahawa lelaki yang baik itu wujud apabila melihat anak lelaki kepada makcik tersebut menjaga dengan penuh kasih sayang.

“Angkat ibu dia usap ibu dia.. Suap ibu dia .. Untung siapa jadi isteri dia nanti.. Point I kat sini mungkin ada hikmah kenapa Allah takdirkan i sebilik dengan dorang mungkin Allah nak I sedar bahawa tak semua lelaki sama masih ada lelaki yang baik kat luar sana cuma I yang tak jumpa.”

@ceoinsecurities

i’m the type of yang susah nak percaya lelaki. mindset i pun “ SEMUA LELAKI SAMA” but semuanya berubah bila i masuk hospital. i ditakdirkan untuk satu bilik dengan nenek ni and lagi satu makcik yang ada breast cancer. both of them memiliki lelaki yang setia yang sabar. even pakcik ni dah tua but dia still jaga isteri dia sakit , treat his wife like a princess takde sikit pun marah atau mengeluh jaga isteri dia. setia je dia jaga wife dia tinggal pun waktu solat je. and lagi sorang makcik yang sakit breast cancer pun sama memiliki 2 lelaki yang cukup hebat dan setia. even makcik tu ada cancer suami dia masih setia temani setiap saat takde sikit pun suami dia marah bila makcik tu mengeluh sakit. and last sekali allah buktikan lagi pada i bahawa lelaki yang baik tu ada i tengok anak lelaki makcik tu jaga ibu dia dengan penuh kasih sayang angkat ibu dia usap ibu dia.. suap ibu dia .. untung siapa jadi isteri dia nanti.. point i kat sini mungkin ada hikmah kenapa allah takdirkan i sebilik dengan dorang mungkin allah nak i sedar bahawa tak semua lelaki sama masih ada lelaki yang baik kat luar sana cuma i yang tak jumpa 🙂 sesiapa pun makcik dan pakcik saya doakan kasih sayang antara pakcik dan makcik berkekalan hingga ke syurga 🤍 #fyp #cintasampaisyurga #cintaiorangtua #lovestory #foryou

♬ Dikoyak Waktu – Ronnie Hussein

Allahuakbar, min sendiri berkaca mata bila terbaca perkongsian daripada wanita ini, siapa pun makcik dan nenek serta 3 orang lelaki hebat ini, min doakan segala urusan mereka dipermudahkan dan diberikan kesihatan yang baik. Amin.

Baca : ‘Datuk’ Diburu Polis, Hantar Isteri Ke Hospital Tapi Cabut Lari Bila Dapat Tahu Dah Meninggal Dunia

Suami Dera Isteri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.