in

“Dari Kelana Jaya pun boleh nampak” – Kilang Perabot Terbakar, Boleh Nampak Asap Hingga 5 KM

Terbakar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kita baharu sahaja digemparkan dengan tragedi pesawat ringan terhempas di Elmina. Hari ini, orang ramai mula kecoh kembali apabila ternampak kepulan asap yang dipercayai merupakan kebakaran di sebuah kilang di kawasan sama.


Menurut laporan media tempatan, kebakaran tersebut melibatkan enam kilang pembuatan peralatan perabot di Kampung Baru Sungai Buloh.

Bagaimanapun, laporan penuh masih lagi belum dikeluarkan. Buat masa ini, kelihatan beberapa jentera FRU berada di kawasan sekitar kilang terbabit bagi kerja-kerja pemadaman api.

Selain itu, orang ramai juga mula berkumpul di sekitar premis kilang berkenaan bagi mengikuti perkembangan operasi pemadaman api.

Dalam ruangan komen, orang ramai mula berkongsi gambar asap yang berjaya ditangkap menggunakan telefon pintar masing-masing dari kediaman mereka.

Difahamkan kepulan asap tebal dapat dilihat dari jarak lebih lima kilometer. Setakat ini, kebakaran tidak melibatkan kemalangan jiwa.

Kredit: Buletin TV3

Baca: [VIDEO] Peniaga Menangis Kena Gelak Ditimpa Musibah Gerai Terbakar, Terpaksa Padam Sendiri Guna Air Longkang

Ft Peniaga Bazar Menangis E1692526615876

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.