Seorang lelaki berusia 54 tahun direman selama 7 hari selepas disyaki merogol anaknya sendiri yang baru habis berpantang lepas melahirkan anak sulung di rumah mereka di Utan Aji, Perlis bulan lalu, lapor Berita Harian.
Majistret Kamaliza Md Zain membenarkan permohonan berkenaan selepas suspek ditahan polis semalam di tapak parkir Hospital Tuanku Fauziah (HTF) bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan.
Difahamkan, suspek juga turut mengugut mangsa untuk mencederakan bayi anaknya sekiranya permintaannya tak dituruti.
Tiada pilihan lain, wanita berkenaan terpaksa menuruti kemahuan bapanya itu kerana bimbang dengan ugutan yang diberi oleh bapanya selain suami mangsa tidak berada di rumah mereka sewaktu kejadian.
Tidak tahan dengan perbuatan bapanya, mangsa segera membuat laporan polis kerana tindakan bapanya yang memaksanya untuk melakukan hubungan seks.
Apa buat macam tu dengan anak sendiri. Tak patut lah!