in

“Curi-curi keluar, atuk nenek tengah tidur ” – Gadis 14 Tahun Dirogol Lima Lelaki Termasuk BF Sendiri di Kawasan Hutan Waktu Malam

Featured1 2

Empat lelaki yang masih bersekolah dan seorang remaja lelaki direman mulai Isnin lepas untuk membantu siasatan berhubung kes rogol seorang remaja perempuan bawah umur, lapor Awani.

Kelima-lima mereka berusia antara 16 hingga 19 tahun telah ditahan oleh penduduk Kampung Bukit Kecil, Tikam Batu, Sungai Petani pada minggu lepas bersama remaja perempuan berusia 14 tahun itu.

Mereka kemudian diserahkan kepada pihak polis dan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Assisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata pada malam kejadian bapa mangsa teleh menelefon neneknya untuk bertanyakan keberadaan anak perempuannya itu.

Rogol1

Mangsa yang tinggal bersama nenek dan datuknya dikatakan telah keluar bersama kawan lelaki dan dibawa ke kawasan hutan sekitar jam 11 malam. Bapanya kemudian keluar untuk mencari mangsa kira-kira jam 11.30 malam sebelum mendapat tahu penduduk kampung telah menahan anaknya bersama lima lelaki di kawasan hutan terbabit.

Siasatan awal mendapati mangsa telah keluar dari rumah secara senyap ketika datuk dan neneknya sedang tidur. Dia kemudian dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk pemeriksaan lanjut.

Rogol2

Menurut Berita Harian, mangsa sendiri mengakui pernah melakukan hubungan seks dengan rela bersama lima kenalan remaja lelaki berkenaan sebelum ini.

Kesemua suspek yang direman dijangka akan diberikan jaminan oleh pihak polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan kerana merogol remaja bawah umur secara berkumpulan.

Kalau dia rela sekali pun, bila perempuan bawah umur memang undang-undang dah tetapkan benda tu dikira rogol.

Baca: “Berlagak nerd tapi rogol orang” – Tweetfamous Kononnya Sering Perjuangkan Hak Wanita Tapi Sebenarnya Perogol?

Collage 25

Sumber: Awani