in

Bila Last Pergi Sushi King? Ini 5 Perkara Yang Mungkin Korang Tak Perasan

Sushi King New

Kalau kita perhatikan, setiap hari pasti ada yang kongsikan keterujaan masing-masing melakukan aktiviti-aktiviti sosial dan sebagainya, setiap hujung minggu rata-rata pusat beli belah akan menjadi tumpuan ramai terutamanya di restoran yang ada disana.

Setelah beberapa bulan tidak dibenarkan untuk menikmati makanan di kedai, pastinya kebenaran dine-in membuat orang ramai tidak melepaskan peluang untuk mengadakan ‘makan-makan’ bersama kawan dan keluarga.

Seperti pemerhatian beberapa minggu kebelakangan ini, rata-rata restoran akan penuh selain ada yang tidak melepaskan peluang untuk mengadakan pelbagai promosi yang menarik untuk para pelanggan.

Sushi King Promo

Bila sebut pasal makanan ni, pastinya masing-masing punya citarasa tersendiri. Macam baru-baru ini, sempat jugak ke salah satu cawangan Sushi King setelah sekian lama, rindu perasaan tunggu sushi kegemaran di belt. 

Mungkin ada yang perasan, mungkin jugak ada yang tak perasan. Min perasan sesuatu yang ‘pelik’ di Sushi King. Antaranya :

1. Logo Dah Lain! 

Logo Baru Sushi King

Kalau sebelum ini, kalau korang perasan, logo Sushi King hanyalah seekor ikan dengan garisan luar warna hitam, sekarang, bahagian dalaman pun dah ada warna. Bukan takat tu je, tagline pun dah berubah. Sekarang ni diorang gunakan “Your Happy Sushi Place”.

2. Sistem Penghantaran Makanan Automatik (FDR)

Robot Sushi King

Mungkin belum kesemua cawangan menggunakan konsep penghantaran automatik ini, tapi menurut sumber, ia akan dipeluaskan ke 54 cawangan Sushi King seluruh negara. Memang dari awal 2020 lagi Sushi King dah memperkenalkan sistem ini.

Secara tak langsung, ia memastikan produktiviti berada pada tahap optimum selain mendorong inovasi teknologi. Dalam masa yang sama memberikan kegembiraan kepada para pelanggan yang berkunjung sambil memastikan makanan tetap segar dan panas dalam masa yang sama, mengurangkan interaksi face-to-face antara pelanggan dan pekerja

3. Pengenalan E-Menu

Sebagai usaha Sushi King membawakan konsep ‘happy sushi place‘ untuk kesemua rakyat Malaysia, diorang ada perkenalkan e-menu yang lebih mesra pelanggan untuk kemudahan mereka yang dine-in terutamanya mereka yang berkeluarga.

Screen Shot 2021 11 22 At 4.20.04 Pm

Difahamkan, e-menu ini bakal diperkenalkan di 116 cawangan Sushi King seluruh negara menjelang akhir tahun ini.

4. Permainan Interaktif Mini

Selain pengenalan e-menu, kalau korang perasan, terdapat juga permainan interaktif mini yang boleh dimainkan oleh anak-anak dan pelanggan sementara membuat pesanan ataupun sementara menikmati sushi kegemaran.

Dalam masa yang sama, korang jugak berpeluang untuk menangi pelbagai ganjaran eksklusif.

5. Lebih 100 Cawangan

Kalau korang nak tahu, Sushi King mula bertapak di Malaysia sejak 1995 dan sehingga hari ini, diorang merupakan restoran makanan Jepun yang sentiasa membuat pembaharuan sesuai dengan permintaan dan secara berterusan berkembang dari generasi ke generasi datang.

Sushi King Baru

Oh ye, kalau korang berkesempatan, nanti boleh lah cuba ke cawangan baharu Sushi King yang akan dibuka nanti. Difahamkan outlet di Sogo Kuala Lumpur telah dibuka pada 21 September dan dijangkakan dibuka juga di Pavilion Bukit Jalil (3 Disember 2021), Eco Grandeur dan LalaPort (Januari 2022), Meridian Central Bintulu (Disember 2021) dan NU Sentral (t.b.c).

Ketika ini, semua cawangan Sushi King dibuka mengikut ketetapan SOP untuk keselamatan dan keselesaan para pelanggan. Untuk maklumat lebih lanjut, log masuk ke laman web Sushi King atau muat turun aplikasi Sushi King MY App di Google Playstore, Apple Store dan Huawei App Gallery.

Sumber: Sushi King
Sumber: Sushi King
Sumber: Sushi King
Sumber: Sushi King
Sumber: Sushi King