in

“Dahulukan yang wajib” – Seramai 11 Pesalah Jalan Raya ‘Dipaksa’ Solat Maghrib Berjemaah & Dengar Tazkirah Selepas Ditahan Polis

Head Moto N Final Edit

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, 11 orang pesalah jalan raya telah ditahan di sebuah kawasan di Tanah Merah Kelantan oleh sekumpulan pihak polis yang menjalankan operasi disitu.


Menurut Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superitendan Zainuddin Md Yusuf, pihak polis telah melancarkan OP Khas Kesalahan (Bunyi Bising) dan mereka yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah untuk tindakan selanjutnya menurut Metro.

“Semua mereka yang berusia 14 hingga 20 tahun ditahan di Jalan Kampung Liku ke Kampung Gobek dalam operasi yang bermula pada jam 5.30 petang hingga 8 malam.”

Jam telah menunjukkan masuknya waktu solat fardhu Maghrib ketika mereka tiba di balai polis tersebut, dan mereka disuruh untuk menunaikan kewajipan dahulu sebelum pihak polis melakukan yang perkara sepatutnya

“Mereka diimamkan oleh seorang lelaki dalam kalangan mereka sendiri manakala tazkirah Maghrib disampaikan oleh anggota kami,”

Tak pasal-pasal dapat tazkirah free 

Didalam operasi tersebut, seramai lapan anggota polis terlibat dan hasilnya sembilan motosikal disita serta 30 saman telah dikeluarkan oleh pihak polis yang membabitkan pelbagai jenis kesalahan.

“Semua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) 1987,” katanya.

Min nak ingatkan supaya semua patuhi undang-undang tau.

Baca : “Kuat gila impak dia”; Penunggang Motorsikal Tercampak Lepas Terlanggar Kereta Yang Tukar Lorong Tiba-tiba

Foot Moto

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.