in

“Dahlah kecil, buruk, deko ala kadar!” – Wanita Bengang Kek Buatan ‘Famous Baker’ Hampeh

F Kek Hampeh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti kebiasaan setiap kali hujung tahun, ramai pasangan ingin mendirikan rumah tangga dan sekaligus mengadakan majlis perkahwinan. Pelbagai tempahan telah dibuat untuk memastikan majlis perkahwinan tersebut berjalan lancar sehinggalah hal sekecil-kecil kek perkahwinan pun perlu diambil kira.


Pun begitu, niat seorang wanita ingin menaja kek perkahwinan buat rakan karibnya berubah menjadi pengalaman hitam apabila kek yang disiapkan tidak menjadi seperti yang diinginkan. Bengang dengan apa yang berlaku, Syahilla Aziz telah memuat naik entri akan sikap acuh tidak acuh pembuat kek ‘terkenal’ berkenaan, lapor mStar.

3 1.Png1 1
sumber: mstar

Berikut apa yang ditulisnya:

“Pada 20 November 2017, saya telah DM seorang PEMBUAT KEK TERKENAL **** untuk tempah kek perkahwinan kawan baik saya. Saya telah berjanji untuk sponsor kek perkahwinan sebagai hadiah daripada saya dan suami yang tidak dapat hadir ke majlis tersebut. 

“Saya telah meminta tema kek perkahwinan GREAT GATSBY (hitam, emas dan putih temanya). Pada awal-awal lagi, saya dah DM dia dulu tanya berapa harga dua tingkat kek dengan bunga segar. 

“Dia kata okey boleh buat. RM500 dan kalau nak hantar ke Putrajaya tambah RM20. Jadi saya pun setuju,” kata Syahilla.

Gatsby
sumber: instagram

Namun semua yang dirancang tidak menjadi apabila pembuat kek tersebut mula tidak mengendahkan pertanyaannya selepas dia membayar amaun RM520.

“Saya WhatsApp dan DM dia. Seen dan blue tick tapi tak balas!!! Okay masa ini dah rasa geram. Jadi saya hantar lagi WhatsApp cakap tolonglah confirm saya dah bayar. Masih tak ada jawapan hari Rabu tu.” 

Setelah menanti sekian lama, pada hari majlis perkahwinan itu pembuat kek tersebut datang membawa kek yang dijanjikan. Namun apa yang menyedihkan, kek itu langsung tidak mengikut tema yang ditetapkan Syahilla. Alahai! 

Harap je nama famous. Artis sana sini pesan dengan dia. Kita yang bukan artis ni dia buat macam sampah je,” rungutnya lagi.

Cake
sumber: mstar
Cake 2
sumber: mstar

Malah Syahilla juga telah berkongsi kekecewaannya dengan netizen lain yang mengakui pernah ‘terkena’ dengan servis yang diberikan pembuat kek tersebut.

3Aa
sumber: mstar

Walau bagaimanapun, semalam (3 Disember 2017), Syahilla, 31, telah memuat naik entri di Instagram yang mengatakan pembuat kek tersebut sudah pun memohon maaf kepadanya.

Maaf
sumber: instagram

Malah pembuat kek berkenaan yang dikenali sebagai Fadli juga telah mengakui kesilapan mereka melalui akaun Instagram rasmi servis kek tersebut.

“Kami mengaku ini atas kesilapan kami sendiri, ini pun atas sebab-sebab tidak dapat dielakkan, pihak kami juga telah memohon maaf kepada @l_orchidsuk (mangsa) dan juga pihak pengantin.” 

^E3749D2Ab631570B434130B586D31Fc9F140C209Eedd03Be13^Pimgpsh Fullsize Distr
sumber: instagram
3Ab
sumber: mstar

Diharapkan tiadalah kejadian seperti ini berlaku lagi. Lain kali berhati-hatilah dalam mengambil pesanan pelanggan. Kalau daripada awal tak mampu, lebih baik mengaku. Sekarang tak pasal-pasal kehilangan pelanggan akibat imej buruk. 

Baca: “Pengantin dah berarak, makanan belum sampai.” – Ramai Pelanggan Tertipu Dengan ‘Wedding Planner’ Ini

Wedd

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.