in

“Dah tak perlu guna filter” – PS5 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Disember Nanti, Harga RM1,869

Ft Ps5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dah boleh berhenti dengan filter di Instagram dah! Kali ni PlayStation 5 (PS5) sudah betul-betul diumumkan keluarannya pada Disember nanti!


Pengumuman yang dibuat oleh Sony Interactive Entertainment Singapore Private Limited (SIES) hari ini nyata menggembirakan ramai pihak.

11 Disember 2020 sebagai tarikh rasmi pelancaran produk itu.

Menerusi pengumuman itu, pihak Sony turut memperkenalkan harga bagi PS5 ini, iaitu RM1,869 bagi edisi digital dan RM2,299 bagi versi Ultra HD Blu-ray.

Capture 5

Selain harga produk itu, Sony turut mengumumkan harga aksesori bagi produk itu yang terdiri daripada DualSense, dengan harga RM349.

Bukan tu sahaja, Sony turut mengeluarkan fon kepala Pulse 3D pada harga RM469 dan Dual Sense Charger pula pada harga RM149 lapor Sony Malaysia.

Kalau rasa nak jadi yang pertama miliki produk ini, korang juga boleh buat tempahan pre-order seawal 12 November 2020. Iya esok la tu! 

So dah boleh la stop berangan dengan main filter tu dan main PS5 yang sebenar!

Baca : Terpaksa la beli betul-betul Upload Gambar Menggunakan Filter PS5 Wanita Ini Serba Salah Game Mak Mertua!

Capture 5 5

Sumber: Sony

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.