Jika diperhatikan sekarang, dekat Tik Tok ada banyak video-video adorable dan memberikan inspirasi kepada kita semua.
Antaranya ialah video yang dimuat naik oleh Adlina Yusof ini, sebagai tanda ‘terima kasih’ kepada suami yang sentiasa bantu dia buat kerja rumah. Dia bagi superise buat suaminya.
Dah bernazar kat diri sendiri nak hadiahkan suami, bila tengok reaksi dia tu Allahu dalam dada sebak rasa.”
Boleh dikatakan hadiah ini merupakan hadiah dambaan untuk kaum adam terutamanya yang jenis suka main game, dia dapat PS5!
Dalam permulaan video itu, Adlina ada menjelaskan bahawa suaminya ini jenis yang selalu mambantu dia buat kerja rumah. Setiap pagi dia yang akan basuh baju dan jemur.
Dia juga memainkan peranan untuk pergi ke pasar untuk beli barang dapur dan siang barang-barang mentah. Selain itu, cuci pinggan pun suami dia yang banyak buat.
@adlinayusof Love #familyguy #loveofmylife #fyp
Terharu dengan sikap rajin suaminya itu, Adlina berbesar hati untuk menghadiahkan sesuatu yang suaminya dambakan, PS5 sebagai reward menjadi peneman hidup yang terbaik bagi dirinya.
Dalam video tersebut, dapat dilihat suaminya menangis terharu semasa membuat unboxing hadiah miiliknya itu. Adlina juga tumpang gembira melihat wajah suaminya suka dengan hadiah tersebut.
Kata Adlina lagi, suaminya begitu rajin sejak dari awal perkahwinannya lagi, banyak bantu walaupun Adlina merupakan seorang suri rumah sepenuh masa.
https://www.tiktok.com/@adlinayusof/video/6956201780061490434?referer_url=https%3A%2F%2Fsiakapkeli.my%2F&referer_video_id=6955868923174620417&refer=embed&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
Tambah Adlina lagi, kalau dia sakit, suaminya banyak berada di sisi dan apabila dia nak jual barang online, suaminya selalu memberikan kata-kata semangan dan dia yang banyak bantu dibelakang kamera.
Tindakan wanita ini telah menerima banyak pujian netizen dan ada kaum lelaki yang cemburu apabila melihatnya.
Baca : “Game over!” – Gara-Gara Berebut PS5 Terakhir, 2 Wanita Bertumbuk Di Walmart