in

“Terpaksa la beli betul-betul” – Upload Gambar Menggunakan Filter PS5 Wanita Ini Serba Salah ‘Game’ Mak Mertua!

Ft Ps

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Peminat-peminat game tentu dah tak senang duduk kan dengan keluaran terbaru permainan Play Station (PS5)? Tapi belum sampai ke Malaysia lagi barangnya, dah kecoh orang ramai bercakap mengenai permainan video tersebut.



Baru-baru ni muncul sebuah filter di aplikasi Instagram yang menunjukkan permainan video terbaru itu. Jadi ramailah yang mencubanya dan berkongsikan gambar tersebut di Instagram story masing-masing.

Disebabkan sekali pandang nampak macam realistik sangat filter tu, ramailah yang terpedaya dengan perkongsian yang dibuat oleh pengguna aplikasi tersebut. Termasuklah min!

Tapi gurauan itu nampaknya macam dah bagi harapan palsu la pula!

Menurut perkongsian seorang pengguna Twitter Farah Faidah, dia memuatnaik gambar dengan menggunakan filter tersebut, tapi tanpa disangka-sangka perkongsiaannya itu telah membuatkan ibu mertuanya terpedaya.

 

Twitter.jpg 1

 

Hah sudah macam mana nak explain tu! Sampai serba salah dibuatnya.

 

Ibu mertua wanita itu turut menyelitkan pujian buat wanita ini dengan berkata ‘Isteri contoh yang menggembirakan hati suami!’

 

Twitter

 

Bukan main melambung lagi pujian mak mertuanya tu!

Tapi nasiblah maknya cepat tangkap yang perkongsian tersebut hanyalah gurauan, kalau tak untunglah suaminya kan?

Min pun mula-mula terkejut juga tengok ramai betul beli PS5, apa selongok 5 ringgit ke. Tapi rupa-rupanya min kena game. So korang ada tak berjaya game sesiapa dengan filter ni?

 

Baca : Fuh Bangsawan! Konsol Permainan PlayStation 5 Akan Ditawarkan Dalam Bentuk Emas 24K

Capture 3 8

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.