in

“Dah tak ada live dah” – Netizen Sambut Baik Keputusan KKM Tak Buat Sidang Media Mulai Minggu Depan

2Pc

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sepanjang PKP, rakyat Malaysia pasti ternanti-nanti sidang media dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkenaan pandemik Covid-19 setiap petang. Muka yang pasti ramai kenali ialah Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan.


Ada satu pengumuman penting yang disampaikan DG Hisham pada sidang media semalam. Selain kemaskini tentang bilangan kes positif Covid-19, beliau juga mengumumkan KKM tak akan buat sidang media setiap hari mulai minggu depan, lapor @SinarOnline.

Kita tetap memberi maklumat terkini tetapi mungkin minggu depan kita akan ‘jarakan’ sidang akhbar dan saya ucapkan terima kasih kepada semua barisan hadapan (iaitu) media yang telah bekerja keras untuk bersama menjayakan bagi memutuskan jangkitan Covid-19 dalam negara kita”

Screen Shot 2020 06 14 At 12.44.06 Pm Screen Shot 2020 06 14 At 12.52.59 Pm

 

Dah tak ada live

Begitulah serba sedikit pengumuman dari Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah. So lepas ni dah tak ada sidang media setiap hari, tapi boleh je ikuti update dekat media sosial KKM.

Screen Shot 2020 06 14 At 12.44.26 PmMarilah kita berdoa sama-sama supaya wabak ini cepat menghilang dan segalanya kembali normal seperti dulu. Baru seronok dan yakin sikit nak buat apa-apa.

Screen Shot 2020 06 14 At 12.44.35 PmLepas ni dah tak ada lagi nak tunggu setiap petang update pasal Covid-19. Kita tengok online je lah kan. Senang sikit.

Screen Shot 2020 06 14 At 12.45.10 PmKami di Lobak Merah mengucapkan jutaan terima kasih kepada frontliners dan DG Hisham sendiri yang tak putus-putus memberi maklumat dan info mengenai perkembangan terkini Covid-19. Ambil masa ni untuk berehat ye Datuk. Jarang dapat cuti tu.

 

Baca: “Terima kasih panglima perang” – DG Hisham Tahan Sebak Lepas Umumkan Persaraan Datuk Dr Rohaizat/

Screen Shot 2020 06 14 At 12.47.30 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.