in

“Terima kasih panglima perang” – DG Hisham Tahan Sebak Lepas Umumkan Persaraan Datuk Dr Rohaizat

Dr Rohaizat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap hari kita akan mendengar sidang media daripada Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berhubung dengan perkembangan kes wabak Covid-19 di Malaysia. Pada sidang media semalam (10 Jun), beliau ada mengumumkan persaraan salah seorang ‘panglima perang’ nya yang sudah berkhidmat selama 35 tahun 10 hari iaitu Datuk Dr Rohaizat Yon.


Rohaizat4

Ketika sidang media, kelihatan DG Hisham menahan sebak dan suara beliau juga kedengaran tersekat- sekat sewaktu mengumumkan tentang persaraan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan itu.

“Pada hari ini adalah kali terakhir salah seorang panglima perang saya bersara wajib pada 10 Jun 2020. Setelah berkhidmat selama 35 tahun 10 hari beliau telah bersama dengan pasukan KKM mengharungi dan memerangi wabak Covid-19” 

Korang boleh dengar ucapan beliau kat sini

Rohaizat2

Bukan itu sahaja, ucapan penghargaan itu turut dikongsikan di akaun rasmi Facebook Friends of Malaysia Frontliners.

“Selamat bersara, hero kami, hero seluruh frontliners dan seluruh rakyat Malaysia, Dr Rohaizat”

Melalui posting berkenaan, Dr Rohaizat juga merupakan individu yang bekerja sehingga ke hari terakhir beliau di KKM. Beliau juga mengabdikan diri sekian lama untuk warganegara menikmati perkhidmatan kesihatan terbaik sedaya upayanya.

Rohaizat5

Walaupun jarang  bersuara sewaktu sidang media harian tentang Covid-19, beliau merupakan antara orang yang disayangi dan disegani warga KKM kerana kegigihan dan keberaniannya bersuara dalam perbincangan dan mesyuarat.

Rohaizat

Demi melaksanakan tanggungjawabnya, beliau bekerja siang dan malam dan memastikan kesiapsiagaan petugas kesihatan dan kelengkapan perubatan seperti katil, ventilator, PPE, topeng mulut dan lain-lain tersedia sepanjang massa.

“Seawal subuh beliau sudah keluar rumah untuk bersama pasukan pakar penyakit berjangkit dan pakar penyelidikan KKM”

Di saat persaraannya, cuti-cuti yang bertimbun terpaksa dikorbankan begitu sahaja kerana perlu sama-sama menangani wabak Covid-19 yang melanda negara.

Rohaizat6

Jasa beliau amat dihargai oleh semua warga KKM dan rakyat Malaysia.

Terima kasih Dr Rohaizat!

Baca : 7 Fakta Yang Anda Perlu Tahu Tentang Dr Noor Hisham

Hisham

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Harian Metro
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.