Satu bangkai ikan paus ditemui tersangkut pada badan sebuah kapal di Jepun awal minggu ini. Bangkai ikan paus yang sepanjang 32 kaki itu tersangkut selepas kapal tersebut berlabuh di perlabuhan Mizushima, bandar Kurashiki.
Pasukan maritim Jepun telah dipanggil ke lokasi selepas diberitahu tentang kejadian itu. Menurut laporan Daily Mail, kapal berkenaan telah berlayar melalui Lautan Pasifik dan dalam perjalanan menuju ke Mizushima, Jepun. Dalam kejadian itu, kru kapal tidak mengetahui ada ikan paus yang tersangkut sepanjang perjalanan mereka.
Pasukan maritim dalam satu kenyataan memberitahu bahawa mereka tidak pernah melihat kejadian seperti itu. Akibat kejadian aneh itu, pihak berkuasa sedang mencari jalan bagi mengelakkan kejadian sama berulang lagi.
Walau bagaimanapun, spesis ikan paus yang tersangkut pada badan kapal itu masih belum dikenalpasti. Ada laporan yang mengatakan paus itu dari spesis paus fin yang jarang ditemui sekarang. Namun, ada juga pihak yang mengatakan bangkai paus itu adalah dari spesis Paus Humpback berdasarkan bentuk pada bahagian bawah badannya.
Buat masa ini, masih tiada pihak yang perlu bertanggungjawab untuk bantuan siasatan. Ini termasuklah kapal tersebut yang tidak dilaporkan milik mana-mana syarikat.
Baca: Ditelan Ikan Paus Selama 30 Saat, Lelaki Ini Bersyukur Masih Hidup Selepas Dimuntahkan Semula