in ,

“Dah naik lemak”- [Video] Cikgu Mengamuk Hempas Barang Dekat Murid, Netizen ‘Back up’ Sebab…

Viral satu video di Facebook apabila seorang guru mengamuk dekat muridnya sehingga hempas-hempas barang.

Murid itu dilihat cuba mengelakkan diri dengan mengelilingi kelas sambil dikejar oleh cikgu tersebut, dalam masa yang sama dia baling barang-barang yang ada di atas meja.

Perbuatan itu dirakam oleh rakan sekelas, pada waktu itu murid-murid lain hanya melihat mereka berdua.

Ia menjadi viral dan meraih sekitar 7,000 jumlah perkongsian dan mengundang bermacam-macam reaksi netizen.

Bila diperhatikan betul-betul, waktu itu adalah waktu sekolah sebab dapat dilihat kelas penuh dan buku teks terbuka. Si perakam pula tergelak-gelak melihat cikgu itu marah.

Walaupun ada yang mengecam tindakan guru tersebut, ramai juga yang mempertikaikan kejadian ini, lebih-lebih lagi sikap murid tersebut. Netizen dapat ‘hidu’ yang mereka ini biadap dengan cikgu, terutamanya murid yang dimarahi tersebut.

 

Budak tu pun main-main dengan cikgu – Netizen

Kalau diperhatikan guru tersebut tidak mengasari murid itu, hanya teriak dan baling barang ke arah bawah. Bagi segelintir netizen, tindakan guru itu tidaklah seteruk mana kalau nak dibandingkan waktu mereka kena dulu.

Namun begitu punca dan penyebab insiden ini masih belum perjelaskan, jadi kita tak tahu hujung pangkal cerita. Cuma, boleh ke bawa handphone masa hari persekolahan? Dan korang rasa kelakar ke video ni?

 

Baca : “Takde otak! Mesti anak dia pun bodoh: –  Video Guru Dibelasah Dengan Ibu Murid Sampai Muka Melecet Hanya Sebab….