“Dah macam kes Gipsy & Dee Dee weyh” – Bapa Saudara Dakwa Puteri Balqis Didera Untuk Duit?

Nampaknya konspirasi berkenaan dengan apa yang terjadi terhadap Puteri Balqis ini masih belum berpenghujung, ianya muncul apabila ada rakan artis mula mempertikaikan ibu bapanya, biarpun Balqis dah buka mulut pasal isu ini, timbul lagi spekulasi apabila keinginannya melakukan Forex dipertikaikan.

 

Dipergunakan untuk duit?

Sejak dari itu, Balqis mendiamkan diri daripada media sosial, kali terakhir dia ditemuramah oleh Dato’ Aliff Syukri.

Lepas isu ini dah reda beberapa ketika, ia kembali menjadi isu apabila ada individu tampil memperkenalkan dirinya sebagai bapa saudara Balqis mendedahkan sesuatu yang buatkan netizen terkejut.

Kata sumber, Balqis ini didera oleh ibu bapanya dan dipergunakan untuk dapatkan wang.

Biarpun kesahihan tentang kes ini masih belum disahkan benar ataupun tidak, namun ia telah mengundang rasa cemas netizen, mereka samakan kes Balqis ini dengan kes yang pernah terjadi di luar negara, Gypsy dan Dee Dee.

Kalau korang masih ingat, kisah mereka pernah dikongsikan sebelum ini.

 

Gypsy & Dee : Ibu pergunakan anak sampai terpaksa jalani pembedahan padahal anak sihat demi dapat duit

 

Ibu bapa Gypsy bercerai dan dia tiba-tiba disahkan menghidap macam-macam jenis penyakit serius macam leukimia, rosak otak, penyakit kromosom dan macam-macam lagi sampai dia lumpuh.

Ada satu ketika, dia update status di media sosial yang dia dah bunuh ibunya, sebelum ditangkap dia dilihat seperti biasa boleh bejalan, tanpa bantuan oksigen lagi.

Rupa-rupanya selama ini ibunya mempergunakannya untuk dapatkan duit, dia tak pernah sakit, bayangkan Gypsy ni sampai sanggup kena bedah tanpa sebab semata-mata nak tunjuk raih simpati untuk buat easy money.

Sampai satu tahap dia bunuh ibunya, berikutan dengan kes Balqis ini andaikata dakwaan yang dikatakan individu tersebut ia mengingatkan mereka dengan kes anak beranak ini.

Bagaimanapun, kita jangan lah buat andaian kesahihan pasal mereka masih belum dikenalpasti lagi.

 

Baca : Hidap Macam-macam Penyakit, Tak Sangka Gadis Ni Plan Bunuh Ibu Kandung Dengan BF Sebab…

Ditulis oleh Izuan Jelani

Mende?