in

“Dah macam ayah sound anak” – Gelagat Hendrawan Nasihat Lee Zii Jia Curi Tumpuan Peminat

Lee Zii Jia Ft Image

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nama Lee Zii Jia semakin hari semakin mendapat tempat dalam hati peminat sukan badminton tanah air. Selain aksinya di gelanggang, pastinya ramai yang tertumpu kepada pewatakan beliau di luar gelanggang.


Selepas kegagalan dalam saingan Piala Thomas baru-baru ini, kini pemain-pemain badminton negara termasuk Lee Zii Jia difahamkan sedang berada di Denmark bagi mengikuti kejohanan badminton Denmark Open. 

Perlawanan semalam menyaksikan pemain perseorangan negara tersebut berjaya menewaskan lawannya daripada Chinese Taipei, Wang Tzu Wei walaupun tewas pada set pertama 12-21 sebelum berjaya memenangi dua lagi set 21-9 dan 21-18 untuk ke perlawanan seterusnya.

Menerusi satu perkongsian di TikTok, ramai tertarik dengan pendekatan yang digunakan jurulatih pemain tersebut iaitu Hendrawan yang merupakan seorang bekas pemain badminton daripada Indonesia.

“Dah macam bapak marah anak” 

Menerusi video yang dimuatnaik, kedengaran Hendrawan telah menasihati Lee Zii Jia supaya jangan terlalu soft ketika bermain di bahagian hadapan selain meminta Zii Jia supaya lebih berani.

@symiimiiDah mcm ayah nasihat kat anak dah tengok??? ##leeziijia ##hendrawan♬ original sound – Symiimii – Memey

Difahamkan, Hendrawan tidak mahu anak didiknya terlalu takut selain turut meminta Zii Jia supaya tidak takut untuk ‘membuka’ permainan ketika akhir perlawanan set kedua.

“Kalau terpaksa harus bukak, bukaknya tak apa, berani. Awalnya terlalu takut sampai tak berani bukak, macam olimpik lagi” 

Menerusi ruangan komen, rata-rata memuji pendekatan yang digunakan coach Hendrawan selain ramai juga baru mengetahui yang beliau bertutur bahasa melayu dengan bunyi jawa kerana percakapan jurulatih dengan pemain jarang didengari.

Tiktok Comment Zii Jia

Selain itu, tidak kurang juga yang menyifatkan arahan yang diberikan oleh jurulatih berusia 49 tahun tersebut tidak kurang seperti seorang ayah yang memarahi anaknya.

Untuk pengetahuan, Hendrawan sememangnya berasal dari Malang, Indonesia selain turut membantu Indonesia menewaskan Malaysia pada acara final kejohanan Piala Thomas pada tahun 1998 dan 2002.

Baca : “Tak kedekut ilmu” – Ajar Orang Ramai Skill Badminton, Tan Boon Heong Dapat Pujian Netizen

3Tbh

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.