in

“Dah la parking dekat tempat OKU” – Lelaki Ini Pukul ‘Guard’ Guna Kayu Golf Sebab Kereta Kena ‘Clamp’

Feature Image Guard

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam tular di Facebook video berdurasi lebih kurang 1 minit yang menunjukkan seorang pengawal keselamatan warga asing yang berlumuran darah akibat dipukul oleh seorang lelaki warga tempatan dengan menggunakan kayu golf.

Menurut perkongsian oleh Syed Hassen di Facebooknya dia meminta orang ramai untuk membantunya dalam mencari individu yang memukul pengawal keselamatan di kawasan kejadian.


Pukul Guard
Sumber: facebook

Kejadian dipercayai disebabkan oleh lelaki berkenaan yang bengang apabila keretanya telah di clamp oleh pengawal keselamatan yang bertugas kerana dia telah meletakkan kenderaan di tempat letak kenderaan OKU.

Pengawal keselamatan berkenaan dilihat sedang memegang lelaki itu dipercayai individu yang menyerangnya menggunakan kayu golf.

Pengawal keselamatan itu kelihatan berlumuran darah di telinga yang merupakan bahagian anggota badan yang dipukul menggunakan kayu golf dan disekitar pakaian seragamnya.

Dia kemudiannya ditenangkan oleh pengawal keselamatan lain yang turut berada di tempat kejadian.

https://www.facebook.com/1616344900/videos/10217947467991087/?t=0

Individu yang dipercayai memukul pengawal keselamatan itu hanya gelak dan kelihatan seperti tidak melakukan apa-apa kesalahan.

Dia yang kelihatan seperti masih tidak berpuas hati terhadap pengawal keselamatan tersebut kerana kereta miliknya telah di clamp disebabkan dia meletakkan kenderaan di tempat OKU.

Kejadian ini akhirnya dileraikan apabila ada individu lain yang menarik lelaki yang memukul pengawal keselamatan itu  ke tempat lain bagi mengelakkan dia terus memukulnya.

Namun seperti biasa netizen juga turut berang dengan tindakan lelaki tersebut yang sesuka hati memukul pengawal keselamatan itu.

“Too mucah! lepaskan geram dekat guard”

Geram 1
Sumber: facebook

“Memalukan orang Malaysia je”

Geram 3
Sumber: facebook

“Dia jalankan tugas je, semoga majikan tanggung kos rawatan”

Geram 2
Sumber: facebook

“Dah la parking dekat tempat OKU, lepastu nak mengamuk”

Geram 4
Sumber: facebook

Admin harap kes ni cepat selesai and korang pun jangan la parking dekat tempat OKU ye!

 

Baca: “Dah macam sinetron aku tengok” – [VIDEO] Geng Mak Mak Gaduh Berebut Nak Cedok Lauk Dekat Majlis Kahwin

Aiuo

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.