in

“Dah kena hati-hati ye semua”- Golongan Muda Lebih Banyak Dijangkiti Dalam Gelombang Ketiga Covid-19

Cats 91

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, kita selalu dengar yang warga emas serta individu yang mempunyai penyakit merupakan golongan yang berisiko tinggi untuk dijangkiti wabak Covid-19. Bukanlah nak cakap yang golongan muda tak akan kena, cuma kurang berisiko.


Tapi, selepas gelombang ketiga wabak ini mula menyerang Malaysia serta diikuti pula dengan kewujudan varian-varian yang semakin berbahaya, golongan muda kini berada dalam keadaan yang tidak selamat juga apabila mereka dikategorikan dalam golongan berisiko tinggi.

Kes kematian yang disebabkan wabak ini juga ramai yang terdiri daripada golongan berusia muda yang pada mulanya sihat dan tidak menghidap apa-apa penyakit berisiko tinggi.

 

Golongan muda lebih ramai dijangkiti

Menurut Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Adham Baba memaklumkan golongan muda berusia 20 hingga 40 tahun dikesan lebih banyak dijangkiti dalam gelombang ketiga virus Covid-19 di Malaysia.

Utu Kkm10916 600X396 1

“Data terkini Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC) mendapati gelombang ketiga Covid-19 lebih banyak menjangkiti golongan muda.”

Menteri tersebut beritahu yang peningkatan tersebut dipercayai berlaku melalui kes sporadik dan tiada kaitan dengan kluster. Lagi bahaya ni. Virus ni dah ada dalam komuniti.

Bimbang tengok peningkatan yang semakin mendadak, Datuk Seri Adham Baba menyarankan masyarakat untuk sentiasa berwaspada dan segera mendapatkan rawatan di hospital atau Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) untuk diberikan pemantauan.

Hmobj27825599 1621240977

“Bagi mereka yang pada awalnya tidak bergejala, kemudian tiba-tiba mendapat gejala serius, diminta untuk terus menghubungi fasiliti kesihatan.”

Korang kalau tak ada urusan penting tu, tak payah la keluar. Duduk je rumah. Bahaya sangat sekarang ni.

 

Sumber: Harian Metro

Baca:[TERKINI] Pecah Rekod Lagi! Malaysia Catat 7,856 Kes Positif Covid-19 Hari Ini

Capture 73

Sumber: Utusan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.