in

“Dah kena berhati-hati sekarang” – Polis Trafik Saman Pengguna Jalan Raya Berhenti Lebih Garisan Putih

berhenti lebih garisan putih

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak 28 Julai lalu, Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melaksanakan Op Pematuhan Peraturan Lalu Lintas di seluruh negara.

Salah satu daripada operasi yang dijalankan adalah berkaitan dengan garisan putih. Pengguna jalan raya yang berhentikan kenderaan melebihi garisan putih boleh dikenakan tindakan penjara dan denda.


Baru-baru ini, polis Kuala Lumpur telah melaksanakan operasi terbabit melibatkan jalan raya di sekitar ibu negara.

Artikel berkaitan: “Saman Kalau Kereta Masuk Petak Merah” – Polis Beri Amaran, Petak Merah Hanya Untuk Motosikal

Artikel berkaitan: “Buat apa ada traffic light?”- Pejalan Kaki Dedah Bahaya Ketika Melintas Jalan Di Malaysia

Seorang pengguna X berkongsi sebuah video yang memaparkan beberapa pengguna jalan raya yang berhentikan kenderaan melebihi garisan putih disaman anggota polis trafik.

Dalam video itu, dapat dilihat penunggang motosikal dan pemandu kereta yang berhenti melebihi garisan putih di lampu isyarat ditahan polis trafik.

Malah, ada yang cuba mengundur kenderaannya apabila terlajak berhenti melebihi garisan putih namun dapat ditangkap anggota polis trafik yang bertugas di situ. Memang tak kasi can langsung!

Rata-rata netizen yang melihat video itu bersetuju dengan tindakan saman yang dijalankan. Malah, ada yang mengharapkan operasi ini turut diperluaskan di seluruh negara.

Screenshot 2023 09 19 163410 Screenshot 2023 09 19 163451 Screenshot 2023 09 19 163542

Untuk pengetahuan korang, mana-mana individu yang melakukan kesalahan di atas boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan.

Perbuatan berhenti melebihi garisan putih adalah salah satu punca berlakunya kesesakan lalu lintas, kemalangan dan juga boleh mengganggu pengguna jalan raya yang lain.

Korang yang terbiasa berhenti melebihi garisan putih ni kenalah berhati-hati lepas ni ya!

Sumber: X, Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.