Hidup sebumbung dengan pasangan, memang buat kita kena tolerate banyak benda. Tapi, sebagai manusia, kesabaran kita pun ada batasnya.
Menurut Mirror, seorang wanita telah didakwa menembak suaminya hingga mati selepas melihat suaminya menambah saluran porn dalam bil TV mereka.
Patricia Ann Hill yang berusia 69 tahun ini telah dituduh menembak Frank Hill, 65, selepas dia ‘hilang sabar’ dengan ketagihan pornografi suaminya ini.
Pendakwa raya berkata, sebelum ni Patricia dah delete saluran tersebut dari TV mereka, tapi dia jadi hilang akal bila melihat suaminya menambah semula saluran tak senonoh itu.
Kerana tak puas hati dengan tindakan suaminya ini, Patricia telah pergi ke bangsal tempat Frank selalu ‘lepak’, untuk confront lelaki ini sebelum mengamuk dan menghentak meja yang penuh dengan arak dan rokok.
Tak cukup dengan itu, Patricia masuk semula ke rumah untuk mengambil pistol sebelum pergi semula ke bangsal untuk menembak suaminya.
Kalau korang nak tahu, masa Frank kena tembak tu, dia tengah kutip barang-barang yang terjatuh atas lantai akibat amukan isterinya ini.
Selepas melepaskan dua tembakan pada kaki dan badan Frank, Patricia kembali ke rumah untuk menelefon pihak polis dan ambulans.
Peguam Patricia, Bill James mengatakan, pasangan ini dah lama ‘berjauhan’, tapi tabiat suka tengok porn suaminya ini memberi kesan terhadap wanita ini.
Dia dah suruh suaminya berhenti beberapa kali, dan suaminya berjanji akan berhenti tapi dia tetap teruskan.”
Apa yang buat wanita ini tambah marah apabila suaminya tak mahu membayar saluran porn yang ditambahnya itu. Hmm, tak tahu nak cakap apa lah kan.
Apabila pihak polis tiba di rumah pasangan ini, mereka menemui pistol terletak bersebelahan dengan bil TV di ruang tamu dan sarung peluru di dalam bangsal tempat mayat Frank ditemui.
Difahamkan kes masih dalam perbicaraan dan mahkamah juga akan memanggil doktor bagi menilai tahap kesihatan mental Patricia.
Marah ni kalau simpan lama-lama, macam-macam boleh jadi.