in

Dah Boleh ‘Check’ SARA RM100, Ini Senarai Kedai Terpilih & Cara Beli Barang Asas

sara RM100 cara

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berita gembira kepada semua pemegang MyKad, kini korang boleh semak kelayakan Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah SARA RM100 bermula hari ini.

Menerusi pengumuman Kementerian Kewangan, setiap warganegara berumur 18 tahun dan ke atas akan menerima bantuan tunai secara one-off sebanyak RM100 yang disalurkan terus ke dalam MyKad, dan boleh dibelanjakan di kedai terpilih mulai 31 Ogos 2025 hingga 31 Disember 2025.


Cara semak kelayakan SARA RM100

Macam mana nak dapat bantuan ini? Korang tak perlu bimbang sebab bantuan penghargaan ini tidak memerlukan permohonan atau pendaftaran sebab semua pemegang MyKad akan menerimanya secara automatik. Jangan terpedaya dengan scammer!

Screenshot 2025 08 21 155905

Untuk semak status dan kelayakan SARA korang, berikut langkah-langkahnya:

1. Layari laman rasmi SARA di sara.gov.my

2. Klik/tekan butang “Semak Kelayakan”

3. Masukkan nombor IC dan hantar

4. Jika paparan program “Penghargaan SARA” menunjukkan “Layak”, bermakna korang layak menerima bantuan ini.

Jika baki tertera RM0.00, korang tak perlu risau sebab jumlah RM100 tetap akan dikreditkan bermula 31 Ogos.

Selain portal, pengguna juga boleh menyemak pelaksanaan SARA dengan menghubungi MyKasih di talian 03-7720 1800 dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

Bagi mereka yang layak untuk program Sumbangan Tunai Rahmah (STR), status dan baki juga akan dipaparkan di sini.

535855160 17921877309102961 1328090644457913198 n

Untuk warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas tetapi masih belum memiliki MyKad, korang perlu hadir ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi urusan itu.

Artikel berkaitan: ⁠Tidak Perlu Mohon Atau Pautkan Ke E-Dompet, Kementerian Kewangan Minta Orang Ramai Waspada Scam SARA

Artikel berkaitan: “Kamu gaji RM 20K sebulan, memang tak ada apa, tapi..” – PM Ingatkan Jangan Pandang Remeh Bantuan RM100

Senarai kedai terpilih

Penerima yang layak boleh membuat pembelian barangan asas terpilih di lebih 7,300 kedai di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.

Untuk lebih mudah, korang boleh semak senarai pasar raya dan pasar mini terpilih di senarai kedai terpilih.

Screenshot 2025 08 21 153132

Barangan asas apa yang boleh ditebus dalam SARA RM100?

Bantuan tunai SARA RM100 hanya boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan daripada 14 kategori yang ditetapkan di kedai terpilih di seluruh Malaysia.

Lebih 90,000 jenis barangan termasuk dalam program SARA ini. Barangan keperluan asas yang terlibat dengan program SARA akan dilabel untuk rujukan penerima.

Screenshot 2025 08 21 152932

Cara tebus barang asas

Untuk membuat pembayaran, pergi ke kaunter khas Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan serahkan MyKad untuk pengesahan (pastikan MyKad korang aktif!).

Selepas semua barangan diimbas, korang perlu menggunakan MyKad untuk membuat bayaran dan mengesahkan transaksi pembelian.

Screenshot 2025 08 21 154002

Untuk menyemak baki kredit SARA, pengguna MyKad boleh buat semakan mulai 21 Ogos melalui kaedah berikut:

1. Layari portal rasmi SARA atau semak menerusi aplikasi MyKasih yang boleh dimuat turun di Google Play atau App Store.

2. Semakan menerusi resit pembelian:

Screenshot 2025 08 21 154617

Perlu diingat, korang tidak wajib habiskan RM100 sekali gus kerana baki yang tidak digunakan boleh dibawa ke bulan berikutnya sehingga 31 Disember 2025.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh rujuk Soalan Lazim (FAQ) SARA di sini.

Sumber: SARA

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.