in

“Customer dari neraka” – Berang Tak Boleh Cuba Kabel Sebelum Beli, 2 Beranak Tamp*r & Tarik Tudung ‘Cashier’

2 beranak tampar tarik tudung cashier

Belakangan ini, kerap kita lihat kes melibatkan individu menampar atau memukul orang lain seperti yang tular di media sosial.

Kali ini, heboh pula mengenai satu rakaman video memaparkan dua pelanggan wanita bertindak menyerang seorang juruwang dipercayai kerana tidak berpuas hati.

Video itu dimuat naik oleh seorang ibu kepada juruwang yang kesal dengan apa yang berlaku terhadap anaknya ketika bekerja secara syif di sebuah kedai serbaneka yang terletak di Manjung, Perak.

Artikel berkaitan: “Masuk kedai pun pakai kasut” – Tular Selepas ‘Scam’ Pekedai, Lelaki Warga Asing Dikesan Masih Aktif

Artikel berkaitan: Suami Tampar Isteri Dalam ‘Live’ Telah Ditahan Polis

Menurut Saazlina, kejadian berlaku pada 27 April kira-kira pukul 3 pagi ketika seorang pelanggan berkeras untuk mencuba kabel telefon sebelum mahu membayarnya. Namun permintaan tersebut terpaksa ditolak kerana bertentangan dengan polisi kedai.

491960924 1377784580206130 4721436107638882443 n

Screenshot 2025 04 28 171023

Situasi yang pada awalnya nampak biasa sahaja bertukar tegang selepas pelanggan dua beranak itu meluahkan rasa tidak puas hati.

Menerusi video rakaman CCTV itu, dapat dilihat si anak menuding jari lalu memukul badan pekerja sebelum bertindak menarik tudungnya sehingga terlucut dari kepala.

Pada masa yang sama, ibu kepada pelanggan yang turut berada di situ juga dilihat sedang memarahi pekerja terbabit. Saazlina mendakwa, anaknya mengalami kecederaan di bahagian badan akibat serangan itu.

Dalam hantaran itu, turut dipaparkan video ibu kepada pelanggan terbabit masuk semula ke kedai dan didakwa mencuri kabel dan pengecas telefon yang berada di atas kaunter.

“Mereka bukan hanya mencederakan anak saya bahkan mereka telah mencuri cable dan charger phone di kaunter. Video kedua jelas menunjukkan si ibu pelaku masuk semula ke kedai dan mengambil charger di kaunter berkenaan.”

Screenshot 2025 04 28 170745

Menurutnya, mereka sudah membuat laporan polis mengenai kejadian itu dan meminta orang ramai yang ada maklumat mengenai dua beranak terbabit segera lapor kepada pihak berkuasa.

Setakat artikel ditulis, belum ada kenyataan rasmi daripada pihak polis berhubung kes ini.

Sumber: Facebook