in

“Curang masa tengah mengandungkan anak dia 6 bulan” – Guna #singlemother, Rumahtangga Ammar Alfian Pula Goyah?

Ammar4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas bercerai merupakan jalan terakhir antara Aliff Aziz dan Bella Astillah, kontroversi itu secara langsungnya boleh dikatakan terus terkubur.

Tapi wujud pula cerita baru dimana ada khabar mengatakan bahawa pelakon PASKAL, Ammar Alfian ini curang semasa isterinya Nelissa Nezam sedang sarat mengandung?


 

Ramadhan kali ini amat menduga saya,..Dapat tahu suami saya curang disaat saya mengandungkan anaknya 6 bulan.

Ia mula tersebar di Twitter, apabila pengguna yang dikenali sebagai Azlil Adzif memaparkan screenshot luahan Nelissa tentang hal ini melalui laman Instagramnya.

Namun begitu ia telah dipadam, bagi yang mengikuti perkembangan Nelissa, dia kini sedang sarat mengandung 6 bulan setelah 3 tahun mendirikan rumah tangga, dan dikatakan khabar kecurangan Ammar ini dia baru dapat tahu.

Malah ia menjadi tanda tanya apabila Nelissa menggunakan hashtag #singlemother dalam posting tersebut.

Ammar2

“Ramadham kali ini memang menduga saya yang saya sendiri tak jangka..Sayangnya, saya dapat tahu bahawa suami saya curang dengan saya ketika saya sedang mengandungkan anaknya 6 bulan. Bila saya dapat tahu, saya rasa macam dunia ni kelam dan tak sanggup nak hadapinya. Mujurlah ada saya dapat kekuatan daripada sokongan keluarga dan kawan-kawan. Saya tak pernah tahu saya berkahwin dengan orang yang tak berhati perut. Tapi saya percaya ada hikmah disebalik dugaan ini untuk saya dan bayi ni. Biarpun Ramadhan agar sukar bagi saya bertahan, saya bersyukur kerana semua ini mengajar saya untuk menjadikan diri saya lebih balik. Insyaallah. #Singlemother”

Mendapat perhatian netizen, posting ini telah di buang, namun dia ada muat naik instastory dan menyatakan bahawa hatinya masih terluka.

Malah dia menegaskan kepada umum bahawa dia akan uruskan perkara ini secara peribadi.

 

Kami akan uruskan masalah ini secara peribadi

Ammar

“Itu bukanlah diri saya publisitikan hal peribadi secara umum. Saya terlalu sakit dan marah, luka masih lagi terasa dan emosi saya memang terganggu memandangkan saya sedang mengandung.

Apa pun apa yang dah jadi biarkan lah terjadi, ini merupakan masa paling getir pada saya dan keluarga. Saya hargai segala sokongan anda dan cara yang lebih baik biarlah saya uruskan secara peribadi dan fokus pada kandungan saya dulu.

Saya harap Ammar dan diri saya sendiri akan boleh selesaikan perkara ini sendiri dengan mengutamakan diri menjadi seorang ibu dan ayah yang baik.”

Apapun doa yang baik-baik sahaja.

 

Baca :You still cheated on me!”-  Sedutan Video Filem Filipina Gambarkan Perasaan Bella Terhadap Aliff?

Bellafilipina

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.