Berjaya mengaut kutipan RM23 juta dalam tempoh tujuh hari tayangan, filem Mat Kilau nampaknya benar-benar berjaya menawan hati rakyat Malaysia.
Filem ini juga bukan saja digemari oleh golongan muda dan mereka yang di pertengahan umur, namun dengarnya warga emas yang tidak pernah menonton wayang pun telah menempah tiket demi nak menonton filem Mat Kilau. Uish ini bukan main-main!
“Cukup dah untuk aku”
Perkara ini dibuktikan menerusi perkongsian pelakon filem itu sendiri, Beto Kusyairi yang memaparkan komen seorang netizen yang berkongsi pengalamannya menonton filem Mat Kilau bersama seorang warga emas.
Menurut netizen terbabit, dia telah didatangi oleh seorang pakcik tua bertongkat bertanya mengenai cerita apa yang ingin ditontonnya ketika sedang membeli tiket wayang.
Bila diberitahu ingin menonton Mat Kilau, pakcik itu kemudian meminta menempah tiket buatnya sekali dan mereka dikatakan telah menonton filem tersebut bersama-sama.
Cukup dah untuk aku..🤲🥰🙏 pic.twitter.com/VI7HfvA3VC
— Beto Kusyairy (@Beto_Kusyairy) June 30, 2022
Terharu dengan kisah tersebut, Beto memuat naik tweet,
Cukup dah untuk aku,” tulisnya sebagai tanda rasa syukur dan terharu dengan pengalaman yang dikongsikan netizen terbabit.
“Abah saya tak pernah masuk wayang seumur hidup tapi sebab Mat Kilau…”
Malah menerusi tweet tersebut, ramai juga berkongsi pengalaman mereka melihat ramai warga emas menonton filem berkenaan. Syabas buat pengarah dan penerbit filem!
Dalam pada itu, menurut laporan Harian Metro, makin ramai ibu bapa katanya telah mendaftar anak-anak mereka ke persatuan silat.
Persatuan Seni Silat Gayong Malaysia (PSSGM) Daerah Jempol katanya telah menerima lebih 40 pelajar baru yang ingin belajar silat sejak 3 hari lalu setelah filem ini ditayangkan.
Waa bukan main ye penangan filem Mat Kilau ni! Hebat!