Andaikata korang ada pergi ke Penang 9 Disember lepas, pasti ada satu masa tu tersekat dalam jammed teruk kan? Untuk pengetahuan, hari tu polis ada buat roadblock dekat simpang keluar dan masuk di sekitar bandar mereka.
Musim-musim cuti sekolah lah dia nak roadblock, nak tahu sebab apa?
Laporan kecurian wang tunai berjumlah RM122,555 daripada Restoran Nasi Kandar popular di Penang.
Menurut laporan New Straits Times, pihak polis menerima laporan itu daripada 2 orang pekerjanya. Kata mereka ia merupakan jumlah keuntungan yang restoran perolehi selama 3 hari, mereka dirompak ketika dalam perjalanan bawa wang tunai itu ke bank.
Tambah mereka lagi kedua-dua staff itu dikatakan ditahan oleh motosikal yang ditunggang orang anggota polis, mereka dakwa mereka termakan dengan umpan perompak itu. Perompak yang dikatakan menyamar jadi anggota polis itu memiliki pisau dan seorang lagi memiliki pistol.
“Lepas dapat duit tu suspek terus lari”, kata Penolong Ketua Polis Daerah Timur Laut Pesuruhjaya Soffian Santung.
Kedua-dua staff yang bekerja sebagai cashier dan auditor itu membuat laporan pada pukul 12 tengah hari. Disebabkan itu, polis terpaksa melakukan operasi sekatan jalan untuk memastikan perompak itu tidak cabut lari dari Penang.
Jalan jadi sesak teruk dari Bayan Lepas sampailah ke Jambatan Pulau Pinang. Itu sebablah jalan jadi jammed teruk disebabkan laporan palsu yang di buat oleh kedua-dua staff ini, padahal duit tu semua ada dalam kereta diaorang! Nak bawa lari!
Ia terbongkar apabila sepanjang siasatan dilakukan, tak ada rakaman CCTV di tempat kejadian sepertimana yang didakwa oleh kedua-dua staff tersebut.
Malah bila disoal kelibat suspek itu, mereka susah nak jawab, hanya putar belit kata semua muka mereka ditutup. Polis ada ke tutup muka? Kalau ada sah-sah curiga lepas tu mesti tak endah kalau ditahan, bukannya naik motor, naik kereta kot!
Duit itu pula disimpan dalam bonet kereta dan mereka berdua kini telah ditahan. Siasatan terhadap kedua-dua pekerja ini akan dilakukan di bawah seksyen 182 kanun keseksaan akibat melakukan laporan palsu.
Hurm, tak pasal-pasal kena tangkap, putar belit cerita sampai menyukarkan ramai pihak.
Baca : [Video] Gila! Cashier Ditembak Tepat Ke Muka Oleh Bekas Kekasih Yang Pura-pura Jadi Perompak?