in

COVID-19: Kerajaan Akan Edar 10 Juta Penutup Mulut Dan Hidung Percuma Untuk Rakyat

Feta

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mesti ramai antara kita yang frust bila stok penutup hidung dan mulut, hand sanitizer dan sarung tangan habis di pasaran.


Tu tak termasuk yang jual secara dalam talian dengan harga yang nauzubillah mahal!

 

10 juta face mask percuma kepada rakyat!

3 6

Melihatkan kepada keperluan yang mendesak ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa kerajaan akan mengagihkan penutup hidung dah mulut secara percuma kepada rakyat.

Kerajaan sudah membuat keputusan untuk mengimport 10 juta penutup mulut dan hidung dari China untuk kegunaan rakyat.

Beliau berkata arahan tersebut sudah diberikan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) pada Ahad untuk mengeluarkan peruntukan bagi tujuan tersebut, lapor Harian Metro.

“Saya difahamkan, harga sekeping (penutup mulut dan hidung) adalah RM1.18 dan bila sampai kita akan agihkan secara percuma kepada seluruh rakyat Malaysia yang memerlukan.”

Perkara itu diumumkan pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi di Putrajaya semalam.

 

Teliti semula harga kawalan supaya tidak terlalu tinggi

2 10

Malah beliau juga meminta Menteri Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) supaya berbincang dengan pengeluar supaya harga kawalan barangan tersebut diteliti semula.

“Saya sudah mengeluarkan arahan dan berharap pengusaha kilang bersetuju. Yang kedua, kerajaan sudah meminta kilang tempatan, ada empat atau lima pengeluar dalam negara, untuk terus membekalkan penutup mulut dan hidung dengan mencukupi.

“Saya difahamkan, mereka masih berhadapan masalah untuk mendapatkan bekalan bahan mentah untuk menghasilkan topeng yang sebahagian besarnya diimport tetapi kita berharap mereka dapat menyelesaikan perkara ini.

“Kapasiti pengeluaran penutup mulut dan hidung dalam negara, saya dimaklumkan antara dua juta hingga tiga juta setiap bulan dan jika ia boleh diteruskan, saya percaya ia lebih daripada mencukupi serta Kastam sudah memutuskan supaya eksport penutup mulut dan hidung tidak dibenarkan,”

 

Baca : TERKINI: Pencarum KWSP Boleh Keluarkan RM500 Sebulan Dari Akaun 2 Mulai 1 April 2020

4 6

 

Sumber: The Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.