in

CORONAVIRUS: Dua Lagi Sah Positif Coronavirus, Jadikan Angka Kes Di Malaysia Meningkat Ke 14 Orang

Collage 15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita Malaysia yang merupakan kes pertama jangkitan antara rakyat tempatan dan seorang lagi wanita dari Wuhan adalah dua kes terbaru novel coronavirus.

Ini menjadikan jumlah kes positif coronavirus di Malaysia meningkat ke 14 orang. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengatakan, untuk kes jangkitan antara rakyat tempatan ini, wanita berusia 40 tahun itu merupakan adik kepada lelaki tempatan yang disahkan positif coronavirus Selasa lalu.


546136
Gambar hiasan

Wanita ini dikatakan mendapat jangkitan ini selepas membuat sentuhan langsung dengan abangnya selepas lelaki itu pulang ke kampung mereka di Sungai Petani, Kedah untuk sambutan Tahun Baru Cina.

Wanita ini kemudiannya alami demam dan sakit tekak pada 1 Februari dan mula batuk pada hari Selasa.”

Wanita ini dikesan Kementerian Kesihatan selepas abangnya didapati sah coronavirus.

Kini, wanita tersebut ditempatkan di wad pengasingan di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar dan dalam keadaan stabil.

Suami dan dua anak remaja wanita ini pula disahkan negatif coronavirus.

Pihak kementerian masih lagi mencari orang-orang yang telah berada pada jarak dekat dengan lelaki ini selepas dia pulang dari Singapura.

Menurut The Star, Dr Dzulkefly turut menegaskan bahawa berita lelaki ini telah pergi ke Kelantan untuk meraikan Tahun Baru Cina adalah palsu.

Sementara, pelancong dari Wuhan yang baru disahkan positif ini pula tiba di Malaysia pada 25 Januari lalu bersama ibu dan tiga rakannya dan menunjukkan simptom jangkita pada 1 Februari lalu.

Dia disahkan positif pada hari yang sama dan kini ditempatkan di wad pengasingan di Hospital Kuala Lumpur.

 

Baca: “Kes terbaru libatkan rakyat Malaysia” – [TERKINI] Lelaki 41 Tahun Berasal Dari Selangor Disahkan Positif Coronavirus

Screenshot 2020 02 07 At 9.15.15 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.