in

Cop Sempadan Palsu: Orang Tengah Hadiahkan Kereta Mewah Untuk ‘Beli’ Hati Anggota Imigresen

Mewah Kereta Kau

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, media melaporkan seramai 40 pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan tiga orang awam telah ditahan oleh SPRM kerana dipercayai terlibat dalam kes pemalsuan cop sempadan di Johor dan Selangor.


Mereka ini semua dianggap sebagai ‘tali barut negara’ kerana telah menyalahgunakan cop keluar dan masuk di pintu utama negara.

Enafmoexcaiqtlg

Menurut Harian Metro, segelintir anggota JIM ‘terpikat’ untuk terbabit dalam sindiket ini adalah kerana mereka dihadiahkan koleksi kereta mewah daripada ejen atau orang tengah yang terlibat. 

Perkara ini dibuktikan oleh pihak SPRM menerusi Ops Selat yang bertindak merampas 21 buah kenderaan mewah pelbagai model yang dimiliki kakitangan JIM yang diberkas pada Isnin lalu.

Antara model kereta yang dirampas termasuklah Nissan Skyline R35, Subaru, Toyota Alphard, Hyundai Starex, Honda Accord, Mitsubishi Lancer dan banyak lagi kereta import lain. Uish bukan main… 

Kereta 1

Kereta 2

Menurut sumber juga, semua 21 buah kenderaan tersebut bernilai jutaan ringgit dan telah disita di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya untuk siasatan lanjut.

“Turut disita 4 motosikal berkuasa tinggi milik kakitangan JIM ditahan reman terbabit.

“Siasatan susulan dilakukan SPRM turut menemui wang tunai berjumlah RM132,000 selain turut menyita wang di dalam akaun bank milik kakitangan JIM berjumlah RM616,499,” kata sumber.

Tambahnya lagi, SPRM kini memandang serius dalam membongkarkan kegiatan rasuah susulan penahanan 27 anggota JIM, 14 ejen dan lima orang awam yang terlibat dalam sindiket tersebut.

Siasatan mendapati ejen atau orang tengah ini menggunakan wang dan kenderaan mewah untuk ‘membeli’ hati kakitangan terbabit bagi memudahkan urusan keluar masuk pekerja warga asing bermasalah dari negara ini sejak 2017,” katanya lagi.

Kereta 3

Kereta 4

Menerusi operasi khas ini juga, SPRM mendapati sindiket ejen warga asing ini sudah membelanjakan sebanyak RM14.5 juta untuk menyogok pegawai SPRM sejak empat tahun lalu. Mak aii banyaknya… 

“Ini dibuktikan apabila ada antara kakitangan JIM berpangkat rendah ditahan memiliki wang simpanan dalam jumlah tidak masuk akal serta kenderaan mewah. Bagi mengaburi pihak berkuasa, individu dikenal pasti sebagai orang tengah atau ejen kegiatan haram ini mendaftarkan kenderaan mewah menggunakan nama individu lain.

“Ini jelas melangkaui pendapatan individu terbabit yang hanya menduduki Gred KP19,” katanya.

Menerusi laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), gaji minima bagi Gred KP19 bagi klasifikasi perkhidmatan keselamatan dan pertahanan awam adalah RM1,360 dan kalau maksimum pun sebanyak RM4,052, tak termasuk bayaran elaun.

Untunglah kalau gaji RM1,000 plus je tapi dapat merasa pakai Honda Accord, Nissan Skyline ye… 

“Malah, siasatan turut menjurus kepada kehidupan mewah dikecapi termasuk kerap melancong ke luar negara,” kata sumber.

SPRM kini katanya sedang memburu dua lelaki yang dikehendaki untuk membantu siasatan kes rasuah berkenaan. Mereka ialah Yuen Hon Loong, 49, dan Teo Hun Siang, 36, yang masih gagal ditemui.

Fuh harap-harap sindiket macam ni tumpaslah dengan segera. 

Baca: “Tali barut negara” – Netizen Puas SPRM Tahan 40 Pegawai Imigresen Palsukan Cop Sempadan

Tali Barut

Sumber: Twitter
Sumber: Harian Metro
Sumber: Harian Metro
Sumber: Harian Metro
Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.