in

Conor McGregor Tewas Aksi UFC264, Kaki Patah Dalam Perlawanan Menentang Dustin Poirier

3Patah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bintang UFC terkenal, Conor McGregor sekali lagi tumpas di tangan Dustin Poirier selepas pertemuan mereka pada aksi UFC 264 sebentar tadi.


Pertarungan yang berlangsung dengan sangat sengit itu menyaksikan Poirier menang menerusi TKO (doctor stoppage) selepas McGregor didapati patah kaki dalam perlawanan itu.

Screenshot 2021 07 11 At 2.29.40 Pm
Sumber: bloomberg

Pengadil perlawanan menghentikan pertarungan itu selepas McGregor tidak dapat meneruskan perlawanan akibat kecederaan selepas tamat pusingan pertama.

McGregor juga terpaksa diusung keluar dari gelanggang dengan bantuan pihak perubatan selepas buku lalinya patah.

Menurut sumber dari Bloomberg, untuk rekod, ini merupakan pertembungan ketiga antara McGregor dan Poirier. Poirier telah menewaskan seterunya untuk kali kedua dalam tempoh kira-kira 6 bulan.

Screenshot 2021 07 11 At 2.27.44 Pm
Sumber: bloomberg

Dalam perlawanan yang menyaksikan kecederaan serius kepada McGregor itu, Poirier mendominasi perlawanan itu dengan menghantar beberapa tumbukan dan sepakan sebelum mengawal McGregor di lantai gelanggang.

Selepas pergelutan itu, McGregor cuba bangkit dan kakinya telah bengkok sehingga menyebabkan patah. Poirier langsung menang dalam perlawanan itu selepas kecederaan lawannya yang tidak boleh meneruskan perlawanan.

Maaf, min tak boleh share video kejadian kaki patah tu. Ngeri sangat kalau nak tengok. 

 

Baca: “Keluarga diutamakan” – Khabib Umum Persaraan, Ingin Teman Ibu Di KampungScreenshot 2021 07 11 At 2.44.35 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.