Siapa yang tak kenal dengan Sugu Pavithra yang dah jadi buah hati rakyat Malaysia bila dia sering kongsikan video masakan sambil fasih cakap Bahasa Melayu. Bukan tu je, resipi yang dia kongsikan pun semua nampak sedap-sedap!
Tapi nampaknya bukan orang Malaysia je yang ikut masakan Sugu ni, orang luar negara pun ada yang cuba tau! Salah seorangnya adalah Ichang, YouTuber dari Jepun yang tinggal di Hong Kong dan suka melawat Malaysia.
Bulan lepas, Ichang ada memuat naik satu video menunjukkan dia ikut resipi kari ayam Sugu dan sehingga kini video tersebut dah mendapat lebih 260,000 tontonan. Sugu pun komen video ni!
Dalam video yang dimuat naik ni, Ichang dan pasangannya Jimmy mula memasak dengan Google Translate video Sugu sebab dorang tak faham Bahasa Melayu, bila dah faham dorang siap keluar pergi kawasan berbukit dekat belakang rumah dorang untuk cari daun pisang. Fuh, kita pun tak gigih macam ni tau.
Bukan tu je, disebabkan pasangan ni tak dapat nak cari serbuk kari Baba’s dekat Hong Kong, dorang buat serbuk kari sendiri dengan sangai rempah-rempah dan tumbuk sampai jadi serbuk. POWER!
Bila kari dah siap dan daun pisang dah dibasuh, dorang makan gunakan tangan kanan macam yang kita selalu buat.
Tak cukup dengan tu, Ichang dan Jimmy turut buat onde-onde dengan badak berendam sebagai desert dan diakhir video dorang ucapkan terima kasih pada Sugu dan Sazali Samad kerana kongsikan resipi memasak. Sopan je dorang ni.
Banyak lagi video-video masakan Malaysia yang dorang cuba masak macam daging hitam, roti canai dan macam-macam lagi yang korang boleh tengok sendiri kat sini.