in ,

“Come on Tom!!” -[VIDEO] 7 Lelaki TAK Berani Tangkap Tikus Akhirnya Guna Bantuan Kucing Peliharaan

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Kalau dekat dunia ni, setiap orang mesti mempunyai ketakutan dan fobia yang berlainan kan? Ada yang tengok benda berlubang-lubang pun takut.

Bukan itu sahaja, ramai juga manusia yang takut dan geli dengan haiwan.

Baru-baru ni, tular di laman Twitter mengenai sekumpulan lelaki yang berusaha gigih untuk menghalau tikus yang tiba-tiba masuk ke dalam rumah.

Dalam video tersebut kelihatan beberapa lelaki memegang penyodok sampah dan penyapu dipercayai merupakan senjata mereka untuk menghalau tikus tersebut.

Namun apa yang lebih malang apabila tiada seorang pun yang berjaya menangkap tikus tersebut, malah tikus itu terus bersembunyi di sebalik almari dekat kawasan dapur.

Kalau ikutkan, dalam video ini ada lebih kurang 7 orang lelaki termasuk dengan individu yang merakam kejadian ini, namun masing-masing tidak berani untuk tangkap tikus itu.

Walau bagaimanapun, salah seorang dari mereka telah membawa masuk kucing peliharaan mereka yang bernama Tom sebelum mengarahkan kucing itu untuk menangkap tikus tersebut.

Sumber: Twitter

Tidak mengambil masa yang lama, Tom segera menangkap tikus tersebut dan mereka yang berada di kawasan sekeliling terus bersorak. Dah macam tengok bola weh.

Sumber: Twitter

Rata-rata netizen terhibur melihat gelagat para jejaka ini. Namun mereka juga beranggapan bahawa Tom merupakan satu-satunya jantan dalam rumah tersebut. Adehh

Alahai, tikus kecil je rupanya.

Sumber: Twitter

Tom lah anak jantan sebenar!

Sumber: Twitter

 

Sumber: Twitter

Tom memang betul-betul jantan! Goodjob Tom!

 

Baca: “Jangan main2 dgn perasaan ketakutan dia” – Penghidap Ailurophobia Rasa Prank Kawan Takut Kucing Tak Lawak Sebab…

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari: