in

“Jangan main2 dgn perasaan ketakutan dia” – Penghidap Ailurophobia Rasa Prank Kawan Takut Kucing Tak Lawak Sebab…

Kucing3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang mesti ada kawan yang jenis takut kucing kan? Kadang-kadang ada yang muka nampak bengis, tapi bila nampakm haiwan comel tu lalu je terus melompat.


Mesti rasa terhibur kan bila dapat menyakat dia sampai menangis dibuatnya, tapi sebenarnya perbuatan itu agak keterlaluan tau sebab Sabrina Baharin ni dapat rasa macam mana kena bila lihat situasi lelaki yang kena prank dengan kawan-kawa dia dalam video ni.

 

Mohon jangan main-main dengan perasaan ketakutan dia”

https://twitter.com/Iskandar131201/status/1213457503121367040

Lebih 11,000 netizen yang retweets video ini, ia mengundang pelbagai reaksi, ada yang kata lawak ada pula yang marah sebab membuatkan kucing itu ras aterancam dan membiarkan kawan dalam ketakutan.

Bagi Sabrina, ia bukanlah satu perkara yang boleh dibuat main-main kerana dia sama seperti mangsa kena prank tu.

Ia jadi tak lawak kerana mangsa dapat ilihat begitu fobia dengan kucing. Untuk pengetahuan, ‘penyakit’ takut kucing ini memang wujud dan ia dinamakan Ailurophobia.

 

Ailurphobia

Menerusi sumber,  simptom orang yang mengalami Ailurphobia ini adalah

  • Sakit atau kesesakan di dada
  • Peluh atau detak jantung masalah
  • Sukar bernafas, pening, atau loya
  • Resah, terutamanya ketika memikirkan peristiwa masa depan di mana kucing akan hadir

Itu dari fikizal, dari psikologikal pula penghidap akan rasa :

  • Panik dan takut
  • Resah bila nak ke tempat baru, risau kalau ada kucing
  • Anxiety bila dengar suara kucing

Gejala-gejala ini boleh mempengaruhi kelakuan rutin penghidap. Misalnya, mungkin jadi takut  melawat rakan yang mempunyai kucing.

Puncanya mungkin pernah diserang kucing pada usia muda atau menyaksikan orang lain yang kena. Faktor genetik dan alam sekitar juga boleh memainkan peranan.

Jadi, fobiakan orang ni memang tak boleh dibuat main-main, silap-silap kalau orang tu ada lemah jantung lagi susah.

 

Baca : “Kalau ada yang tanya saya tidak nafi atau iyakan” – Fobia Keguguran, Fasha Sandha Kunci Mulut Soal Hamil

Fasha

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.