in

“Classy gila majlis akikah tu” – Azrinaz Mazhar & Suami Buat Majlis Cukur Jambul Yang ‘Another Level’ Tapi Ada Netizen ‘Bitter’

Feature Image Kahwin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak kebelakangan ni, banyak majlis fancy yang dilakukan oleh masyarakat Malaysia. Tak kira lah tu majlis sambutan hari jadi ke, majlis perkahwinan ke, atau majlis cukur jambul. Boleh di katakan kini semua orang nak buat majlis lain daripada yang lain.


Terbaru, sebuah majlis akikah atau cukur jambul yang tersergam indah dengan sentuhan hiasan yang cukup mempersonakan telah berlangsung di Ballroom Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur.

Wds
Sumber: instagram

Majlis akikah tersebut dilakukan oleh bekas wartawan tv3 iaitu Azrinaz Mazhar Hakim dan suaminya, Fairos Khan Abdul Hamid.

Menurut Astro Awani, tetamu yang hadir ke majlis tersebut tidak henti-henti memuji dekorasi sentuhan daripada pereka terkenal Datuk Rizalman Ibrahim yang mengubah dewan tersebut menjadi seperti sebuah taman fantasi bagi majlis akikah Areesya Malaykha.

Majlis tersebut turut dihadiri Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah serta isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

 

51575954242 Freesize
Sumber: astro awani

 

81575954227 Freesize
Sumber: astro awani

Dayang Nurfaizah dan Datuk M.Nasir dijemput untuk membuat persembahan dalam majlis tersebut.

Dayang
Sumber: astro awani

 

M Nasir
Sumber: astro awani

Menurut Azrinaz, seperti wanita lain, dia juga mahu menyediakan dan berkongsi apa sahaja yang terbaik buat anaknya itu.

“Ibu mana yang tidak sayangkan anak mereka. Demikian juga dengan saya. Sementara ada rezeki dan kemampuan saya mahu abadikan majlis ini sebagai kenangan paling indah buat Areesya Malaykha apabila dia dewasa kelak.

“Dalam masa sama, saya mahu kongsi keindahan ini dengan kaum keluarga serta rakan-rakan karib yang sentiasa memberi kegembiraan dalam kehidupan saya,” katanya.

Tapi dalam pada majlis akikah yang dilakukan itu, ada juga netizen berpendapat supaya melakukan majlis yang lebih bersederhana.

Miskin 3
Sumber: twitter

 

Miskin 5
Sumber: twitter

 

Miskin
Sumber: twitter

Admin rasa tak salah pun dia nak buat majlis akikah mewah pun dan tak salah juga bila netizen ada yang nasihat kata buat majlis bersederhana. Apa yang penting niat nak buat majlis akikah tu ada.

 

Baca: Tak Ada Duit Nak Sewa Van Jenazah, Pasangan Nekad Bawa Bayi Meninggal Balik Naik Bas Ekspres Tapi…

Pp

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.