Ini baru orang kata cinta tak kenal usia atau umur hanya sekadar nombor, selepas melihat kisah remaja dari negara Indonesia ini.
Satu hantaran kini tular di TikTok apabila ada seorang remaja lelaki menikahi wanita yang 20 tahun lebih tua daripadanya.
Artikel berkaitan : Kecoh Gosip Bunga Citra Lestari Bakal Berkahwin, Bakal Mertua Rupanya Jiran Sebelah Rumah?
Artikel berkaitan : Cadang Poligami Untuk Wanita Kahwin Lambat, MP Puchong Bidas Kenyataan Tuan Ibrahim
@zeenlamcova akad nikah lombok sak aran cinta #lombokwedding #Zeenlamcova #FG📷
Apa yang telah menjadi tumpuan netizen adalah wanita tersebut dikatakan ibu kepada rakan remaja yang berasal dari Lombok, Indonesia ini sendiri.
Dalam video yang tular di TikTok, dilihat remaja ini melafazkan akad nikah dan orang ramai dilihat bersorak kegembiraan setelah pengantin lelaki selesai membuat lafaz akad nikah.
@zeenlamcova Membalas @ozzie_saputra
Proses pernikahan mereka dilihat berjalan lancar menerusi mas kahwin yang ditetapkan sebanyak 3 juta rupiah (RM 905). Majlis pernikahan mereka dijalankan secara serdehana yang hanya dihadiri oleh saudara-mara.
Menjengah ke ruangan komen, pasangan ini mendapat sokongan moral daripada netizen dan anggap bahawa itu adalah jodoh buat remaja ini.
Betul tu, kalau dah jodoh memang tak ke mana. Mudah-mudahan mereka bahagia ke anak cucu. Amin.
Sumber : TikTok