in

“Cinta lelaki teragung” – Ini 5 Kisah Pengorbanan Luar Biasa Suami Untuk Isteri Tercinta

Cats 65

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekarang ni, memang tengah viral pasal isu suami tak hargai isteri mereka. Disebabkan tu, kepercayaan golongan wanita terhadap lelaki semakin kurang yang boleh menimbulkan masalah dalam perhubungan.

Namun begitu, tak semua suami berlaku kejam terhadap isteri mereka. Malah, ada yang berkorban gila-gila sampai sanggup membahayakan nyawa hanya untuk isteri tercinta macam dalam senarai dekat bawah ni.


1. Habiskan tabungan selama 80 tahun

T1

Korang sanggup tak habiskan duit simpanan bertahun-tahun untuk isteri korang? Kalau untuk suami warga emas dari China ini, dia langsung tak kesah belanja semua duit tabungannnya semata-mata nak membeli cincin berlian buat isterinya.

Yang mengejutkan, bukan setahun dua je dia kumpul tapi, selama 80 tahun tau! Dipercayai, duit tersebut diperoleh hasil dari penjualan barang bekas yang dibuatnya. Tambahan lagi, dia ni bukanlah orang kaya namun, hanya bekerja sebagai pemulung di sebuah perkampungan. Kerana itu, usahanya selama berdekad itu melambangkan cintanya yang mendalam terhadap isterinya.

Artikel berkaitan: “Suamiku syahid!” – Netizen Sebak Lihat Doktor Umum Kematian Suami, Terkorban Ketika Perang

2. Derma darah 147 kali

Pendonor Darah 20150217 114914

Mesti ramai dari kita susah nak derma darah kan? Kalau ada pun, mungkin hanya sekali dua je. Berbeza dengan suami dari China, Xu Wenwu yang menderma darahnya kepada isterinya, Wang Xiaoying sebanyak 147 kali bahkan boleh jadi lebih tau!

Dikatakan, isterinya menghidap penyakit anemia dan myasthenia sejak tahun 2003. Disebabkan tak mampu beli darah, suaminya sanggup menjadi penderma khas untuk isterinya. Pada masa yang sama, dia sanggup menggadaikan kerjanya sebagai juruelektrik demi menjaga isteri tercintanya.

3. Sanggup terbakar demi isteri

Fireft2

Dalam dunia ni superhero sebenar kepada isteri adalah suaminya. Dalam satu kejadian kebakaran di China, seorang suami bertindak berani seperti hero dengan menyelamatkan isterinya dari insiden itu.

Dipercayai, dia memegang erat isterinya di balkoni pangsapurinya yang berada di tingkat yang tinggi demi melindunginya daripada tercedera. Apa yang menyayat hati, dia sanggup bergadai nyawa demi isterinya walaupun terdedah dengan risiko kematian dalam kebakaran itu.

Setelah dibantu oleh perkhidmatan kecemasan, mereka berdua dilaporkan selamat di mana dia mengalami luka kebakaran yang teruk manakala isterinya hanya cedera ringan.

Artikel berkaitan: Lion Air JT-610: Suami Sempat Hantar Gambar Selfie Dengan Anak Sebelum Terkorban Dalam Nahas

4. ‘Taj Mahal’ untuk isteri

N9

Untuk menghargai jasa dan pengorbanan orang terdahulu, mesti akan ada monumen atau tugu peringatan dibina. Sama seperti Faizul Hasan Kadari ini, dia membina sebuah replika Taj Mahal di kebunnya di Uttar Pradesh, India demi memperingati mendiang isterinya iaitu Tajammuli Begum.

Dipercayai, dia menggunakan duit simpanan dan pencennya sebagai postmaster untuk membina bangunan seluas 5000 kaki persegi itu. Walaupun ditawarkan sumbangan, dia menolaknya demi membuktikan cintanya terhadap isterinya.

5. Setia walaupun isteri sakit

N10

Kisah kesetiaan pelakon Malaysia, Edika Yusof dengan isterinya yang sakit memang dikagumi oleh orang lain. Untuk pengetahuan korang, isterinya, Norhidayah pernah menghidap Meningitis yang menyebabkan separuh badannya lumpuh.

Walaupun begitu, dia sentiasa menjaga isterinya sepenuh hati serta pernah bernazar untuk membotakkan kepala selama tujuh tahun berturut-turut selagi Norhidayah tak sembuh.

Biarpun diizinkan isterinya untuk kahwin lagi namun, dia tetap setia dan cinta akan Nurhidayah sorang. So sweet!

Sumber: Liputan6, Fimela

Sumber: WauPost

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.