“Cikgu tu bukan buka pun hadiah” – Murid Terkilan Cikgu Sekolah Recycle Hadiah, Beri Hadiah Hari Guru Kepada Adiknya Pulak!

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Bila tibanya Hari Guru, korang sebagai pelajar di sekolah pasti tak sabar-sabar nak belikan hadiah untuk cikgu yang korang sayang kan. Lagi best, kalau cikgu tu pakai hadiah pemberian korang. Mesti rasa bangga dan dihargai sangat!

Tapi baru-baru ni, seorang netizen telah berkongsi situasi yang dialami adiknya apabila guru yang disayangi katanya telah recycle hadiah pemberian murid. Recycle? Hadiah boleh recycle ke? 

 

“Adik aku yang darjah 5 bagi cikgu (hadiah) sempena Hari Guru, sekali cikgu pergi recycle bagi kat…” 

Menerusi posting yang viral di Twitter, gadis bernama Farah menceritakan situasi adiknya yang baru darjah 5 apabila hadiah yang diberinya kepada cikgu sempena Hari Guru tak lama dulu telah diberi kepada orang lain.

Macam kebetulan pulak, cikgu tersebut recycle hadiah itu dan beri ia kepada adiknya yang berada di pra-sekolah kerana mendapat kehadiran penuh bagi bulan Januari hingga April 2019. Aduh pusing-pusing hadiah tu dapat ke adiknya pulak! 

Sumber: Twitter

Alahai siap ada kad lagi tapi tak dibuka cikgunya…. 

 

“Lepas adik aku yang darjah 5 dapat tau, dia memang marah and frust gila” 

Sumber: Twitter

 

“Tak bagi hadiah kena perli, bila dah bagi tak dihargai…” 

Rata-rata netizen yang membaca tweet ini berasa sedih dengan perkara yang menimpa murid tersebut. Kebanyakannya berpendapat masih ada lagi guru yang sangat menghargai hadiah pemberian pelajar dan ada yang sampai menangis kalau dapat hadiah tau.

Sumber: Twitter

Apa-apapun bagi admin, bila ada yang memberi hadiah eloklah kita simpan ataupun at least buka hadiah tu terlebih dahulu. Mungkin cikgu tu ada alasannya tersendiri… so lebih baik kita dengar cerita dua belah pihak. 

Baca: “Cikgu kahwin lagi” – Sempena Hari Guru, Cikgu-cikgu di Kedah Pakat Pakai Baju Pengantin

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!