in

Cikgu Sado Mengaku Tampar Murid

page 123

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kecoh beberapa hari lepas berkenaan budak lelaki yang mendakwa ditampar guru di sekolahnya sehingga menyebabkan lebam dan leher senget. Kemudian tersebar pula kisah dari cikgu bernama Jan Raafi itu yang membuat laporan polis kononnya cerita tersebut adalah fitnah dan murid tu mengalami sakit beguk. Mana satu ni?

q1 2 1
Sumber: Lobak Merah
f 1
Sumber: Facebook

Terbaru, menurut Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata, pihaknya sudah memanggil guru berkenaan untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang berhubung kejadian itu dan lain pulak ceritanya.


“Guru itu mengaku ada menampar murid berkenaan, namun tidak kuat hingga boleh mendatangkan kecederaan seperti dialami mangsa pada bahagian tengkuk kanannya.”

s2 1
Sumber: Lobak Merah

Beliau juga mengesahkan bahawa guru berusia 47 tahun itu turut membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan dan mereka sedang menunggu laporan pemeriksaan kesan lebam terhadap mangsa, Muhammad Emran Amir yang dibuat di Hospital Kajang.

“Siasatan lanjut berhubung kejadian ini sedang dijalankan termasuk mengambil keterangan nenek mangsa dalam masa terdekat memandangkan kanak-kanak itu di bawah jagaan neneknya.

“Kertas siasatan berhubung kejadian ini sudah dibuka dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan atas kesalahan mendatangkan kecederaan dengan sengaja.”

Ibu mangsa kini enggan memberikan sebarang komen dan hanya mengatakan pihak keluarga sedang menunggu laporan perubatan daripada pihak hospital sebelum membuat sebarang tindakan lanjut.

Adoi, mengaku pulakkk.. Hari tu kata tak tampar…

Baca: Ingatkan Memang Kena Tampar Dengan Cikgu, Rupanya…

page 12 2 758x399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.