in

Catat Rekod Rally Terpanjang ‘211 Shots’, Pearly-Thinaah Mara Ke Suku Akhir Malaysia Masters

Ft Pearly Thinaah 211 Shots

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pasukan beregu negara, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan telah mencatat rekod rally terpanjang di gelanggang badminton Perodua Malaysia Master 2023 dalam acara beregu wanita menentang wakil Jepun.

Menerusi ciapan Astro Arena, aksi kedua-dua pasangan itu yang menyaksikan rally terpanjang sebanyak 211 pukulan, yang mana ketika itu pasukan negara mendahului lawan dengan 16-14 di set penentuan.


Mata rally terpanjang itu akhirnya berjaya dimenangi oleh pasangan negara apabila berjaya meraih mata ke-17 mereka serta menurut rekod, rally tersebut juga merupakan kali pertama antara kedua-dua regu tersebut.

Catat rekod rally terpanjang 211 pukulan!

Daripada video tersebut, dapat dilihat pada awal permainan kedua-dua pasukan menampilkan gaya yang cukup sengit sampai menyaksikan kedudukan mata terikat 14-14.

Bagaimanapun, di set penentuan kedua-dua regu tidak dipisahkan dengan mata yang terlalu jauh, meskipun pasangan Malaysia dilihat lebih berkemampuan untuk memenangi set berkenaan.

Screenshot 10 5

Akhirnya pasangan Pearly-Thinaah berjaya menghadapi cabaran yang sengit dan memenatkan itu dengan memperoleh mata 21-19.

“Lupa nak bernafas tengok diaorang ni. Salute” – Netizen

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja dan kagum dengan pencapaian pasukan beregu negara yang berjaya mara ke suku akhir pertandingan Malaysia Masters 2023.

Mereka turut terkejut dengan rally yang dihasilkan oleh pasangan Pearly-Thinaah bersama pasukan regu Jepun itu.

Screenshot 8 3

Fuhh bukan biasa-biasa rally dorang ni!

Sumber : Twitter, The Sun Daily

Baca : “Mula sekadar suka-suka” – Ibu Thinaah Dedah ‘Rahsia’ Kejayaan Atlet Badminton Kebangsaan

M Thinaah 728X383 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.