in

Cari Calon Isteri Buat Anak Lelaki, Dr. Zakir Naik Minta Calon Hantar CV Jika Berminat

Cats 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pendakwah terkenal, Dr. Zakir Naik baru-baru ini ada membuat hantaran di Facebook berkenaan niat beliau untuk mencari calon isteri buat anaknya.



Menerusi hantaran tersebut, beliau meluahkan hasrat untuk mencari wanita beragama Islam yang mempunyai karakter bagus dan berminat untuk menjadi isteri anak beliau, Fariq.

Fariq Naik 03

Namun begitu, Dr. Zakir Naik ada meletakkan syarat-syarat tertentu buat calon menantunya. Seperti iklan mencari kerja, pendakwah ini juga ada membuat poster khas untuk pencarian menantu ini.

Antara ciri-ciri wajib yang diminta ialah wanita tersebut mestilah mengamalkan ajaran Islam seperti ajaran Al-Quran dan hadis sahih. Calon tersebut juga mestilah tidak melakukan perkara haram dan fasih berbahasa Inggeris.

2 7

Ciri-ciri lain yang ditetapkan pula ialah wanita tersebut disarankan untuk mempunyai latar belakang pengajian di tahap ijazah sarjana muda dalam mana-mana bidang pengajian Islam.

Dr. Zakir Naik turut memuat naik poster biodata anak lelaki beliau, Fariq buat bacaan wanita yang berminat. Latar belakang pendidikan dan pencapaian di dalam sukan Fariq turut disertakan sekali.

1 15

Buat mana-mana wanita yang berminat untuk memohon menjadi calon isteri Fariq, anda boleh berbuat demikian dengan menghantar biodata atau Curriculum Vitae (CV) kepada nombor yang tertera di dalam poster.

Untuk rekod, Dr. Zakir Naik menetapkan syarat wanita tersebut mestilah bersetuju untuk menetap di Malaysia apabila kahwin kelak. Jadi buat wanita di Malaysia yang masih bujang, anda boleh cuba mohon!

 

BACA: ‘Siapa setuju, munafik’ – Nik Abduh Sifatkan Umat Islam Yang Mahu Zakir Naik Dihalau Sebagai Munafik, Berdosa Besar

Sss

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.