in

“Siapa setuju, munafik” – Nik Abduh Sifatkan Umat Islam Yang Mahu Zakir Naik Dihalau Sebagai Munafik, Berdosa Besar

Zakir Naik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum sedia maklum tentang kehadiran pendakwah tersohor, Dr Zakir Naik menjadi isu dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Ramai netizen yang berasa kurang senang dengan keberadaannya di negara ini dan mahu pendakwah itu dihalau keluar.


Sebenarnya ia berkaitan kenyataan Zakir Naik ketika syarahan di Kelantan pada Khamis lepas. Ketika program itu, Zakir Naik didakwa berkata mereka yang mahu dia keluar dari Malaysia haruslah meminta ‘tetamu lama’ – merujuk kepada kaum Cina di negara ini untuk pulang dulu.

Menurut Malaysiakini, Zakir Naik juga dilaporkan menghina penganut Hindu yang menurutnya lebih mempercayai Perdana Menteri India berbanding Malaysia. Namun, beliau sebaliknya berkata disalah petik dan menjelaskan kenyataan itu merujuk kepada beberapa kumpulan Hindu yang memilih untuk menyokong kerajaan Modi dalam permintaan ekstradisinya walaupun menurutnya tiada bukti terhadap dirinya.

Zakirnaik1
sumber: the star

Semalam, Anggota Jawatankuasa (AJK) Pusat PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz memberi respon terhadap reaksi kurang senang daripada masyarakat.

Katanya, hanya umat Islam yang munafik sahaja yang bersetuju menghalau Zakir Naik. Bukan itu saja, anggota parlimen Bachok itu turut berkata mana-mana golongan bukan Islam yang mahu halau pendakwah itu pula dianggap sebagai musuh agama Islam.

Nik Abduh
sumber: malaysia today

Tiada Muslim yang gembira dan menyetujui Dr Zakir Naik dihalau keluar dari negara ini kecuali dia adalah munafik dan berdosa besar.”

Tiada bukan Muslim yang berusaha menghalau Dr Zakir Naik keluar dari negara ini kecuali dia adalah musuh umat Islam.”

Siapa pun yang menyokong tindakan musuh Islam terhadap umatnya, dia adalah tali barut.”

Tiada muslim yang gembira dan menyetujui Dr Zakir Naik dihalau keluar dari negara ini kecuali dia adalah munafik dan…

Posted by Nik Mohamad Abduh on Wednesday, August 14, 2019

Nik Abduh juga berkata, haram hukumnya jika seorang Muslim menzalimi saudara seagamanya dan haram juga jika membiarkan saudara seagamanya dizalimi.

Setiap Muslim adalah bersaudara. Haram ke atasnya menzalimi saudaranya sendiri dan haram ke atasnya membiarkan saudaranya itu dizalimi oleh sesiapa pun.”

Tiada kejuaraan sebenar kecuali kejuaraan perjuangan menegakkan kalimah Allah di dalam diri dan tanah air.”

Antara ahli politik yang menyelar kenyataan Zakir Naik adalah Rafidah Aziz, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Lim Kit Siang, Dr Xavier Jayakumar, Gobind Singh Deo dan M Kulasegaran.

Difahamkan, pihak polis telah membuka kertas siasatan ke atas Zakir Naik dibawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, kerana mengeluarkan kenyataan yang dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan.

Baca: “Terima kasih benarkan saya tinggal di sini”

Z 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.