Di Malaysia, gerai-gerai menjual pelbagai jenis makanan dan minuman di tepi-tepi jalan memang tak sukar untuk ditemukan sebab memang banyak.
Kebanyakannya pun jual makanan dan air yang tak kurang sedapnya.
Namun, ada Mat Saleh atau orang putih yang mengecam cara jualan jus tembikai segar ini dijual di Malaysia.
Jualan jus buah itu dikongsikan menerusi akaunTwitter Tansu Yegen baru-baru ini yang memuji idea orang Malaysia menjual jus buah.
This is how they sell watermelon in Malaysia as a refreshing drink – great idea🍉🍉🍉 pic.twitter.com/gWlGMiiih9
— Tansu Yegen (@TansuYegen) August 5, 2022
Dalam video yang dikongsikan menerusi Tweet tersebut, dapat dilihat peniaga minuman buah segar itu membuat sebuah lubang pada tembikai sebelum ‘mengisar’ isi buah tersebut dengan hand mixer untuk dijadikan jus.
Kiranya jus tu nanti akan dihidangkan dalam buah tembikai itu sendiri.
Difahamkan, jualan jus buah tembikai dengan cara unik ini dijual di Melaka dan ramai yang kata rasanya memang sedap dan menyegarkan sebab guna isi buah semula jadi dan tidak ditambah gula.
Namun, apabila menjengah ke ruangan komen, dapat dilihat ada beberapa orang Mat Saleh yang mengecam jualan jus dengan cara tersebut sebab mereka mendakwa tidak bersih.
Ini kerana penjual itu dilihat tidak memakai sarung tangan dan memasukkan jus tersebut dengan kiub ais yang menurut orang putih tersebut, boleh sebabkan sakit perut.
Ini kemudiannya telah membangkitkan kemarahan netizen Malaysia.
Walau bagaimanapun, ramai juga netizen Malaysia yang berpendapat tidak memakai sarung tangan ketika menyediakan makanan bukanlah satu masalah jika tangan telah dibasuh dengan bersih sebelum menyentuh makanan.
Selain itu, ada juga warganet kita yang mengatakan kalau pakai sarung tangan sekali pun tapi sarung tangan yang digunakan tidak ditukar dengan kerap dan tangan tak basuh, tetap juga kotor.
Untuk anda yang risau tentang biji tembikai, menurut komen-komen di Twitter, difahamkan, peniaga menggunakan tembikai yang tidak mempunyai biji.
Yang penting, kuku kena potong pendek dan tangan dah dibasuh bersih-bersih la kan sebelum memasak.
Sumber: Twitter
Baca: “Nasib bukan durian”- Netizen ‘Menangis’ Tengok Mat Saleh Potong Manggis & Makan Dengan Kulit