in

Caprice Bagi ‘Jawapan’ Padu Lepas Syamsul Yusof Kata Dia ‘Cabut Lari’ Dari Sharnaaz

Ft Caprice Vs Syamsul

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Disamping kehangatan tentang hubungannya dengan Puteri Sarah, pengarah dan pelakon Syamsul Yusof dilihat tengah ada isu dengan beberapa artis lain, antaranya, Aaron Aziz, Farid Kamil dan tidak ketinggalan dengan penyanyi rap yang lantang dalam memberikan pendapatnya mengenai hal-hal semasa, iaitu Caprice.

Kontroversi itu mula terdedah apabila Syamsul ada membuat satu kenyataan terhadap Caprice semasa dalam sidang media baru-baru ini. Dalam kenyataan Syamsul, dia ada ‘ungkit’ kes Caprice dengan Sharnaaz Ahmad yang pernah terjadi sebelum ini.


 

“Caprice pun satu, jangan bro apa yang kau buat aku tau apa jadi dengan kau bro.”

Katanya, Caprice cuba nak larikan diri daripada berjumpa dengan Sharnaaz Ahmad, kenyataan itu dimuat naik oleh Caprice sendiri di laman TikTok sambil melampirkan klip videonya berjumpa dengan pelakon itu di sebuah restoran.

Malah, mereka dilihat begitu mesra sambil bergelak ketawa, dan seolah-olah membincangkan sesuatu.

“Kita pernah lari dari sape? Yeahh you are right bro.”

https://www.tiktok.com/@tigerofalquds/video/7213328861302492443

Kenyataan itu membuatkan ramai netizen terhibur, malah siapa ada yang kata dirinya menyokong Caprice buat pertama kali dalam hidup mereka lagi.

 

Sekurang-kurangnya dia tak lari dari isteri sendiri – Netizen

Screenshot 2023 03 23 181813 Screenshot 2023 03 23 181846 Screenshot 2023 03 23 181915

Sebelum ini, Syamsul ada buat satu kenyataan dengan memberi respon untuk setiap dakwaan yang diberikan, bermula dengan kes dengan Farid Kamil mengenai kenyataannya sebelum ini tentang masa silam isterinya.

Kemudian, pendedahan Aaron Aziz yang digugurkan namanya daripada filem The Original Gangster, Syamsul bagaimanapun menyatakan bahawa nama digugurkan akibat bimbang dengan keadaan kesihatan. Oleh itu, Aaron Aziz ada membuat satu respon menceritakan hal sebenar sambil memegang al-Quran untuk menegaskan bahawa dia berkata benar.

Baca : “Kau kata pergi cucuk, aku cucuk!” – Aaron Aziz Dedah Perangai Sebenar Syamsul Yusof

Ft Aaron Vs Syamsul

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.